Ahad, 30 Januari 2011

suatu ketika



di suatu ketika
tiap kisah yang tercipta
ada cerita dalam helaian kertas- kertas kisah kita
susunan angan serta impian
coretan saadat tiap kali senyum terukir
bertemasya hingga larut
batala kuterapkan aturan hikayat indah
ku tukangkan ayat sempurna
dan iya
kami serasi seketika


ku tersandar di tepi ranjang
helaian demi helaian nota remuk
ku pandang lalu ku ramas
ku buang jauh sebuah mimpi palsu
ilham mula menjauh
seribu pertanyaan menjengah
ku bukan filsuf mampu meneka
apa kau rasa hingga menjauh kau berlalu


semua sudah tertulis
sinar di wajah gerhana sementara
tak terucap apa yang kurasa
takafur aku seketika
dibalik dimensi berwatak diriku menjelma
pudar haruman madah pernah kucipta
lusuh sekeping hati berderai dari binaan barak
dan hati,aku merayu
kisah ini dipenamatnya
aku berlari mengejar raden ayu yang baru.



Khamis, 27 Januari 2011

hening hati






nun dihujung sana
syafak menyala terbenam dibarat
dahan mula tunduk berundur
tirai bertukar tugas
berbumbungkan bulan
aku keseorangan mencari pembuka jalan


asing bagiku keseorangan
berbicara hati ke hati dengan langit
tegak aku berdiri merintih simpati
berladung cecair emas aku berduka
cakerawala mengerti
menghantar gerimis temani aku yang sepi


aku sunyi untuk apa?
aku hiba demi siapa?
aku remuk kerana apa?
aku duka tentang apa?
biarkan masa begini pantas berlalu
biarkan orbit memutar laju
cepatkan malam,cepatkan siang
bertahun pedih, berbulan  nestapa


cukuplah,aku terima segalanya
atas bawah kiri kanan menghentak zahirku
luar dalam menyiat batinku
bila mana aku berdiri disini lagi
biarlah ku bawa sebuah nada gembira.

terpinggir



aku merasai apa semuanya yang normal merasa
aku ada perasaan walau tidak terjelma
hakikat yang terungkap sisi terlihat
makin ku jaga,makin hilang hormatnya
aku renggangkan,bebas hilangnya
aku tunduk
masih belum cukup untuknya
aku berlalu
dengan rasa sayu.

Rabu, 26 Januari 2011

penunjang abadi (hidup mati gergasi merah kuning)



aku tidak pernah terhenti
segala jasad terus dari jiwa kuserahkan
daku abdi apa yang ada untukmu
laungan- laungan tidak sekerat
segala sorakan hingga penamat
aku menangis menerima segala
kemenangan dan kekalahan
tidak berbelah aku berdiri
tidak sesekali aku khianati
jatuh bangun panji ditangan tetap kukibar
biarkan sejarah yang sarat kekal diingatan
kerna sejarah baru bakal menghias
aku tetap juang dibalik kandang ini
aku takkan gentar walau ramai musuh dikanan kiri
aku dibesarkan dari tradisi begini
aku teruskan legasi ini
hidup mati untukmu.

Selasa, 25 Januari 2011

senyum tawar mengharap ihsan dia.



ketika kali pertama aku melihat dirinya
tiada kesan dalam hatiku
hanya lihat rupa,senyum dan seperti biasa
kerna aku lelaki yang tiada penarik membuat dia tertawa
apa digambar,itu dilihat,itulah diluar

sebalik tulisan-tulisan ilusi ini
ada yang memerhati
lihat aku,dia riang seloka
ada membenci
lebih menghina dari menerima kami

aku senyum
pahit
tiada manis terukir dilidah
hanya senyum bukti aku berkorban demi dia
kerana dia buatku terbang mencapai cita
kerana dia buatku yakin ada jodohku
atau dia mimpiku lagi?
peneman gembira sementara
yang diutus oleh di atas.
kelu...
aku kabur lagi..

Jumaat, 21 Januari 2011

laluan kita.



aku pimpin tangan dia
laju ikut haluanku
tanpa menoleh aku tepis cacian
aku dan dia
tetap kedepan redah hamparan dugaan


oh intan,oh indah,oh manja
makin disayang otakku melayang
gagahku terbang mengutip bintang
aku kelangit menulis janji
di awan terlukis wajahmu berseri


langit
bumi
segala alam bukti saksi
aku kasihmu hingga nafas terhenti

Sabtu, 15 Januari 2011

seribu wajah.



wajah ini
jelmaan kisah dia yang lalu
larut gelap selungkur dari kasih terpisah
durja lara bertiang jembel


pedih
terlihat  raut ini
lakaran kecundang persoalan mengundang
iris mata kelopak jiwa rengsa
berulit debu-debu sengsara


dan dia
si kecil dari alaqah tidak berbapa
termangu apa noktahnya
betapa cara suap pakainya
berselimut lingkungan mawar liar
termaktub kelak menjadi apa
iradat penentu segala

Jumaat, 14 Januari 2011

selebu menari..




aku terdampar disitu
sepi,tiada penghuni
hanya aku.
desir ombak
pepohon yang malu
landai yang indah


siapa kulihat ketika melihat
siapa mendengar tika aku berkira bicara
apa diungkap sisi tersingkap
balan kupandang
muara menghadang


aku lihat laut
mengadu merintih apa yang hilang
ombak membalas
maksud dipaham
aku terbenam


aku lihat langit
helang menari walrus dicari
aku disini
lihat kanan dan kiri
siapa aku disisi aku sendiri
melihat aku dikalangan aku tersendiri
pandangi aku dari berbeza sisi
dua personaliti
aku dan aku
krisis identiti..

Khamis, 13 Januari 2011

tiket bahagia



semakin kepincuk melingkari jiwa ini
rakus aku kerah segala cara raihnya
dan dia,tetap begitu
perawan yang utuh timur didiknya
resah lihat kelilingnya
bukan sekor kumbang
bukan sekawan gajah
pria-pria gagah beraksi telagah deminya
mencuba hingga daya
segala melodrama simfoni persembah untuknya
ada romeo
ada majnun
ada yusuf
ada shah jehan
dengan watak pelbagai
merayu demi sekeping hati
pengawal setia sampai mati
dan aku?
hanya ada sekeping tiket
itu yang mampu kuberi
itu yang  mampu kusumpah berjanji
mengharap disambut si bidadari yang kukasih.

Rabu, 12 Januari 2011

si antap yang molek.







Dia
ada senyumnya
Dia
ada manisnya
Dia
ada manjanya


kerana dia ada rindu
kerana dia ada getar
kerana dia ada kasih
didalam mimpi baru mula terbayang dia



Kamek mencuba sirih,
     Sirih dijual jambatan panjang;
Cantik molek kamek tak pilih,
     Kasarlah jangan resmi orang...












Ahad, 2 Januari 2011

tekukur melahu




berabad sumpah tuah dibela
ribuan pertahan ironik tipu mereka
raja-raja murka harta menyusut
mula bangun pahlawan-pahlawan tekukur
harapkan midas beroleh  lumayan
bangun bangun bangun
nusa menjerit
jatuh jatuh jatuh
peranakan mengharap
mendeliar orang tengah
janji di ungkap
jalan disuluh
cara dibentang
namun penjaga-penjaga disuap
rizab dipajak
istimewa lain dipijak
baya aku melayu baru
dan melayu baru merayu tanpa malu
melayu baru cacah tubuh
melayu baru melayu walhasil
melayu itu bunuh melayu ini
makin layu wahai bangsaku
makin kedepan makin barat
timur hilang jalan terkangkang
dia melayu,aku melayu kamu juga melayu
keluaran habuk serbuk kayu 
pahlawan mara kedepan
perjuang ketuanan
rakyat-rakyat nganga anggukkan
dia dapat dato
kita dapat sesal
makin baru makin bebal
tanjak bertukar,disarung  kepala naga
dan mereka mereka berdiri megah
ada pistol ada buah
kita ada apa?

utopia kita.




cetera kita bermula
laut pemisah kita
hanya angin sampaikan nota-nota kita
jauh-jauh itu sayup
dekat-dekat itu singgung
ku rapat muka ke tanah
sujud tetapkan dia milikmu
kirimkan salam pada dia
walau tidak tersua
gelandangan aku disini
raih secupak hasil buat kulihat dia
sisa-sisa ini kugagahkan jua
kerana dia
untuk dia
buat dia
agar dia
sentiasa rasa
renjana denganku.





Sabtu, 1 Januari 2011

nikmat


aku berasa nikmat
nikmat
nikmat
nikmat
dengan khayalanku


aku berasa nikmat
nikmat
nikmat
nikmat
dalam rakusku


aku berasa nikmat
nikmat
nikmat
nikmat
dalam kejiku


aku berasa nikmat
nikmat
nikmat
nikmat
ketika seputar tangan menarik bulan


aku berasa nikmat
nikmat
nikmat
nikmat
dengan mengenggam hasil
dari pertapaan meneka-neka yang tepat


aku khayal
aku lemas
aku  jauh
aku leka


tutup!
itu aku yang lama.