Isnin, 27 Jun 2011
demokrasi dewasa.
pada ketika itu
cilawagi masih berkemban
turun di jalanan menuntut sebuah daulat
semuanya halal
tanpa ragu dan terlepas nyawa
mati sebagai perwira adalah mulia
kalimah lantang terentang pada setiap inci yang bernama nasionalis
dirgahayu dipinta
berdekad mereka berkuasa
sisa-sisa keladak waris turun temurun
dari bapa turun pada anaknya
dari datuk membelit cicitnya
pada semua saudara mara
negara ini mutlak hak mereka
dan pada waktu ini
demokrasi ditunjukkan pada susun paling teliti
ditonton pada dunia, ini cara dewasa
suara-suara bebas dikumpul dalam satu arca
dan mereka
kekal berkuasa
tahniah!
-ajari anak muda cara demokrasi paling dewasa
Jumaat, 17 Jun 2011
sekeping angan
pada setiap yang pernah aku fikirkan
aku selitkan sekeping angan-angan
yang bercambah dari fantasi tidak terungkap
pada detik yang aku sentiasa sendirian
aku masih tidak menangkap satu pun mimpi terjelma
aku selitkan sekeping angan-angan
yang bercambah dari fantasi tidak terungkap
pada detik yang aku sentiasa sendirian
aku masih tidak menangkap satu pun mimpi terjelma
Langgan:
Catatan (Atom)