Ahad, 27 Mac 2011

saatnya tiba


waktu-waktu yang terukir
sesaat pantas melakar memori
jiwa yang tidak tersedia
tiada yang terucap


saat mawar tergambar dilangit
senyuman akhir mula terukir
langit terbuka luasnya
izrail bersedia


saatnya yang tidak terjangka
perginya tidak diduga
si anak kecil hilang pautannya
yatim di awal usia


bahagialah bersama penciptamu
disini sampaikan rindu
iringan doa sentiasa berlagu
harap menanti di syurga yang abadi.




zaihizma binti zainudin
14/3/1982 - 26/3/2011

Jumaat, 18 Mac 2011

sedetik nafas.




ruang-ruang makin menyempit
degup jantung ketara kencang
berlawan-lawan rasa menusuk
dari satu arah ke satu arah
terawang minda layang lepaskan jiwa
membisu cuba biarkan lalu
bisik halus penambah gelisah
kalap seketika
hilang akalnya
pantas selamatkan lelaki ini
dari dihambat rasa sesal.

Isnin, 14 Mac 2011

angin,mimpi,hati dan rindu




angin
khabarkan kepadanya keadaan aku disini
sampaikan rindu dengan hembusan bayumu
walau aku tidak tersua wajahnya


mimpi
hadirkan dia dalam lenaku
walau dalam sekali babak
untukku senyum bila jaga


hati
kasihanilah dia yang sedang bahagia
usah dikenang lara dan duka
doa kekal selamanya kau dan dia


rindu
maaf,bukan dipinta kedatangannya
cuba mengelak sedaya yang ada
namun hati terusik adakala.



Ahad, 6 Mac 2011

juita



dia tidak ku kenal
dari mana hadir tidak ku damba
ligat otakku tertanya siapa dia
dia apa untukku?
apa hadirnya buatku leka?
siapa dia?
macam biasa
aku malas berfikir.

Jumaat, 4 Mac 2011

hero



barangkali
aku lelaki yang kuat melayang fikiran
hal-hal tidak terlintas ku ingin gapai
mendaki tangga pelangi
riang bersahabat dengan cenderawasih
menguji apa, dimana ,bagaimana terbuat bumi
mempersoal ketidakadilan sistem menyekat hal terbebas
mencari jawapan siapa kita dan dia


barangkali
aku kecewa dengan persekitaran
aku diikat dengan harta ringgit rupa pelbagai
apa cara,konklusi yang ubah semuanya
mengeluh?
terus terduduk?
biarkan berlaku?


barangkali
aku perlu tidak peduli
sesali setiap langkah aku terlajak
bukan ku pinta tapi ku hanya mencuba
apa rasa nikmat dunia
maaf!
aku bukan hero
sekelip mata jadi dambaan.