Rabu, 29 September 2010
sepi
sepi bukan untuk dipinta
datang mengekori hembus angin
menampar dingin bayu wajah sungul
terus mendongakk kelangit
adakah hujan lagi?
tiada sinar rembulan
bintang malu untuk tersenyum
embun mula menampil
membasah tapak kaki
mendenyut segar pagi
diwaktu sendiri
ketika dihimpit sunyi
tiada senyum
tiada duka
cuma gelodak kosong menangkap kata
mengapa sepi yang menjelma
walau diri itu sentiasa ceria
tapi tetap tiba lintas di minda
Jumaat, 24 September 2010
lelah
sendi nafasku tersungkur di lena
hempas jasadku dimana pahat tersedia
senak senyumku palsu dijiwa
rimas jabatku tanda peroleh bahagia
genggamku kelopak hanyir ukiran dari dermaga
aku berikan mereka selera
hidangan bunian sang raja
sedangkan aku mengigit segugur hitam dahlia
yang terlayu gugur dari singgahsana
lelah semangatku
lelah gelodakku
lelah pengorbananku
kau biarkan hanya disitu
untuk kukutip lendir satu persatu
kau tinggalkan sepi diruntun pilu
untuk kusapu dengan dedaun palsu
lebur segala sendi fizikalku
kerana lelah itu hanya di malam syahdu
p/s =mencuci pinggan
Khamis, 23 September 2010
hari ini
macam biasa
hari-hari pedih
hari-hari dileter
makan macam biasa
tak tambah
sebab dah selambak
kuah biawak
senak ke otak
hari ini
macam biasa
pertama kali kalah
dah ramai send menyalak-nyalak
kerja macam biasa
gaji macam biasa
perut kedepan extra
baju outlet saja dah
dan hari-hari tetap biasa
sebab suatu hari nanti akan jadi lelaki luar biasa
hari-hari pedih
hari-hari dileter
makan macam biasa
tak tambah
sebab dah selambak
kuah biawak
senak ke otak
hari ini
macam biasa
pertama kali kalah
dah ramai send menyalak-nyalak
kerja macam biasa
gaji macam biasa
perut kedepan extra
baju outlet saja dah
dan hari-hari tetap biasa
sebab suatu hari nanti akan jadi lelaki luar biasa
Rabu, 22 September 2010
angin pilu dari guantanamo
1903 milikan bertukar ganti
diberi oleh ditindas kepada penindas
dari hancur era fuedal hingga bangkit ego kapitalis
dirampas ditukar ideologi
ditadbir secara fizikal
hancur lebur impian para syuhada
ditutup mata
dibawa ke neraka dunia
hilang identiti
maruah dirantai
hati dicuci
tidak mungkin keluar lagi sebagai fisabilillah
jika daya lincah mula dihambat
tinggal iman tanda setia
disini tidak pernah dikhabarkan berita disana
kerana disini sibuk mengejar dunia
memang satu sujud kita
memang sesama saudara antara kita
belum tentu disini menangis untuk disana
sekuat hati disana
segagah hati disana
pertahankan panji agama
kerana tidak semena dihumban
apa salah mereka?
sila tanya tuan AMERIKA...
kata-kata sampah yang direka saya
kita harapkan keajaiban setiap hari
tapi kita lupa kita terselak keaiban sendiri
kita redah setiap liku lubang
sampai kita lupa dah banyak kali tersadung
banyak yang harapkan kebersihan
hingga lupa sampah pernah berjasa
jangan direnung sepi orang yang tidak berpendidikan tinggi
mungkin tuhan kurniakan bakat tidak terperi
tidak mungkin aku mampu berdiri
jika aku sudah lali jatuh berkali-kali
aku selalu ditimpa susah
sebab aku malas berusaha
jika aku rajin berusaha dan terlebih senang limpahnya
mungkin lagi hina aku kerana lupa tentangNYA
aku akan undur
bila orang sudah tegur
aku akan bangun bila orang sahut
aku akan lawan jika panji ditangan lawan
tidak sedetik lupakan kawan
kerana kawan asyik hanyut di dunia yang hilang perawan
jika diberi kata nista kepada diriku
aku akan senyum
jika dibandingkan ayam dengan wajahku
aku akan tersinis
mana mungkin akan kumaki
kalo ku maki sama seperti ayam berkokok tidak resah diri
aku kisah jika penampilan di cemuh
sebab mereka lihat penampilan dulu dari peribadian
itu adat resam
yang aku tak paham
itu yang dipegang
yang lain semua halal
ayah aku bersahabat dengan sampah
sebab itu aku membesar dengan gagah
gagah mental melawan setanggi wangi
sebab itu dewasa ini aku tidak malu selongkar sampah
kerana dalam sampah mungkin ada bahagia
anda atau saya
berbeza personaliti
saya mohon melangkah
biar saya sendiri
biar saya tanggung begini
mungkin apabila saya sudah pergi
baru atau mungkin langsung tidak tahu
saya pernah wujud di bumi ALLAH ini.
p/s = apabenda la kulu niy,xde kaitan langsung.
Selasa, 21 September 2010
rap bangsa kita
dimulakan dengan niat
bukan di akhiri dengan cacian
lapangkan jiwa
melihat sudut kanan
sumbat bata jika sang baca jiwa muda
rentas diri jika diri pro aspirasi
baca dengan hati
kerana tepat kesasaran bangsa pertiwi
bahasa itu ada estetika tersendiri
dituturi cara lenggok penuh budi
kerana itu sahsiah peribadi
lambang peribadi benih parameswara
tersebar menjadi 13 kepala memerintah
yang belum tentu sedia di meja bulat bersua
mungkin ada wakil saja
yang angguk dengan dendam durjana
si kitol zaman moden
pewaris yang disokong pemikir orientalis
dari sudut hakiki
sejarah itu telah terbit megah berjilid
dibaca berjuta rakyat silih berganti
yang diangkat jadi hikayat
yang tidak berulang lagi
yang tidak dijajah lagi
kerana pegang janji
bahawa merdeka itu kekal abadi
gambar tukaran janji
yang rakyat percaya sampai mati
itu kebebasan tidak terperi
bebas dari ikut waktu greenwich
fikir sudah tidak dipijak lagi
tapi statue of liberty mula mewarnai
hingga hilang adab resam
dijajah tanah oleh kolonial
dijajah minda oleh iluminati
habis semua mula megah
bangsa mula jatuh tatasusila
anak 80 an tidak mungkin bersatu dengan 90 an
kerana dua jiwa yang berbeza
satu belajar dengan nama ilmu hisab
satu lagi dengan tunjang bahasa ayam
yang kredibiliti mula diragui
hingga nilai sasterawan itu ghaib dipandang sepi
bila sudah terlajak
bila sudah dirusuh
bila sudah terkena simbah
baru mula rasa salah
mulakan langkah kejalan belakang
setelah rosak dilebih beratus malam
bangsa dan agama dimodalkan
digadai ikut waktu hayat
terlebih kedepan pertahankan keturunan
tapi lupa bahawa jangka hayat kurang beramal
hang tuah tetap pahlawan
hang jebat tetap pengkhianat
naik takhta ikut hormat orang atasan
jangan dibangkang jangan dilawan
sebab itu saja yang kita pegang
yang lain kita redah hentam
jasad masing-masing
tahlil masing-masing
mana mungkin hendak berjabat
sedangkan tangan dihunus kerambit
tidak lagi guna keris
mana mungkin ada keris
jika belikat dirangkul barat
bukan peluru menghiasi senjata
tapi adu domba senjata utama
melawan guna akal
dibantu pentadbir besar suruhan dajal
orang biasa tidak akan bersuara
kerana suara
hanya berlegar-legar didalam sangkar besi
hilang tegang hilang bangkit
hilang harum hilang sakti
hilang mentera hilang hakiki
duduk diam menyesali diri
nenek moyang bagi tinggalan
ditinggalkan untuk berhijrah
untuk ditukar dengan modal
ikut arus kepesatan
nganga lihat helang tinggi
harimau kaku dikerumuni
zapin dan gamelan ditukar tiang ghairah
hilang songkok diganti duri landak
hilang kebaya diganti dengan tembusan mata
bangsa mula berlaga
tuduh dia,tuduh dia
roh yang ditiup disentap juga
digonggong anjing bukan terbela
tidak tahu jantina
tidak tahu siapa abdullahnya
tidak tahu siapa ratu hatinya
mula muhasabah diri
coretan-coretan mula kedengari
tuduh tidak tahu menjaga diri
fitnah lagi menghiasi
dicetak berjuta-juta kali
untuk mengaburi maksud tersembunyi
hilang maruah,senyum nikmat
tangan kanan berjabat
tangan kiri amik berkat
sara anak bini dengan suapan
yang bakal pewaris bangsa hadapan
patah kepada asal
tunduk dibawah satu jalan
tak kira kawan,tak kira lawan
cuci segala pijakan
basuh dengan kesepakatan
tutup mulut kiri
terajang tepi pipi
jika bangsa keras akhlak budi
tidak makan ajar tutur kata
ketuk sebelum mula terleka
kerana kita memang takkan hilang didunia
sebab dipurnama terakhir
bukan bangsa yang ditanya
tapi apa yang kita lakukan untuk pegangan kita
itu yang ditanya
cukup diri sudah dijual
jangan iman digadaikan
p/s : rockers2 juga,iman dan semangat bangsa kena jaga... try tengok rapping... terjeluik lidah.. ;p
ini senjata aku
ini senjata aku
dicipta dan disumbangkan dari seluruh ilmuwan dunia
yang idea dan ideologi bertentangan dari hakiki
untuk mereka sujud dan junjung dicelahan tapak kaki
ini senjata aku
jangan dipersoalkan
kelak musibah melanda dirimu
segala keturunan diawasi
segala peribadi diselongkar dari akar umbi
ini senjata aku
bukan senapang atau atom
bukan tombak atau busur
bukan pedang atau luk 7
ini senjata aku
keluar dari makrifat
lari dari tarikat
hilangkan hakikat
hapuskan syariat
aku cipta yang baru
untuk satukan dibawah paksi jitu
mengikut gerak pusing jangka lukis
setajam dan senipis itu
aku masukkan ke dalam otak kalian
sedikit demi sedikit
dari sekecil zarah hingga terbeku di minda
sebati menjadi anutan
dari mula perisytiharaan
hingga permulaan matahari di barat
ini senjata aku
yang tepat ke hati
merangkul segala kuasa duniawi
tidak kira dari asal pribumi
dari lengkap celana hingga ditutupi yang wajib diri
ini senjata aku
keadilan itu hanya aku
kekuasaan itu hanya aku
hiburan itu aku
syura dan muzakarah itu dibawah tadbir aku
aku taburi duit
tutup lohong-lohong mulut hitam
tutup mulut timur barat
kerana ini senjata aku
teknologi itu ciptaan aku
aku pandang
aku lihat
aku renung
aku halusi
aku tahu siapa dirimu
apa mahu dirimu
apa serakah jiwa keinginanmu
apa dalil untuk melawan juang imanmu
kerana banyak tikaman dari belakangmu sendiri
tidak kamu tahu
tidak kamu sedar
kerana ini senjata aku!
Sabtu, 11 September 2010
ucapan hari raya anak kota
Dengan lafaz Bismillah,saya dengan ini..ingin mengucapkan salam kemenangan buat seluruh umat islam tidak kira di mana tanah kita bersujud dan berpijak.selamat dari godaan hawa nafsu,kerana kejayaan kita ini lebih besarnya dari kejayaan bertempur sebagai mujahiddin.salam eid mubarak kepada yang membela tanah air,tidak kira tanah palestin,acheh,patani,bosnia,negara kapitalis yang ada penghuni muslim..semoga aidilfitri ini membawa sinar dan prestasi yang baru dalam perjuangan.kepada keluarga tercinta..semoga tiada lagi perbalahan antara kita,kepada sahabat,rakan,teman dan musuh setia..moga segala yang berlalu,luput di minda kita.moga kita yang masih hidup ini terus berdiri dengan kaki sendiri dan identiti sendiri.segala kesalahan saya lalu..merompak,menampar,menjilat,menuduh,mendusta,mengancam dan mengherdik gomen...di maafkan kerana saya hanya anak kecil yang merangkak-rangkak tanpa pengawasan.mungkin ideologi saya berbeza dengan anda semua,sebab itu berlaku penganiayaan yang saya lakukan kepada sesiapa yang terkena.tidak mahu berjanji yang tidak akan mengulangi pasti,kerana saya adalah melayu mudah lupa..moga yang sedang bahagia dengan keluarga dan kekasih tercinta,tidak lupakan mereka yang menderita..kepada yang lengkap keluarga mereka,masih ada lagi yang yatim berpiatu di seluruh dunia.kepada yang tidak berpeluang beraya,anggaplah ini cabaran untuk berjaya.moga Allah s w.t memberi limpahan kasih secukupnya kepada anda semua yang mengikuti pengembaraan saya.bukan niat saya untuk membuat anda bersedih,menangis atau berkecil hati dengan tulisan saya.ini adalah realiti disebalik sisi gelap saya.salam aidilfitri sekali lagi dan mohon maaf kepada anda semua wahai nyawaku...
p/s sedikit geram dan sumpah seranah kerana ramai yang warna baju raya seperti saya..
Isnin, 6 September 2010
manifesto anak jalanan
aku mulakan derap langkah dengan gaya
ketika semua umat sudah terlena
dibuai mimpi asmara
dengan duit syiling ting-ting saja
mula mencari segala manusia
untuk dijadikan korban mangsa
ketika sampai dikota
hanya surya jadi peneman setia
sebatang dikongsi bersama
mata mula mencari-cari
tengok janda berkepit dengan PATI
mula terasa geram diri
apakah hina janda ini
tak ada bangsa sendirikah jika syahwat mula berdiri
biarkan janda itu sendiri
sebab banyak lagi janda didepan nanti
bertemu penjual ganja
mula rasa nak berbelanja
tapi apakan daya
muka tahanan polis sahaja
malas nak beri polis meraba
tempat yang sepatutnya untuk wanita saja
nanti jika terlalu bagi muka
mula diselit dadah celaka
lihat orang busking
rasa diri macam king
mohon mintak lirik b.b king
dengan wajah macam hendak singing
terus ditendang masuk karung
terpaksa juga harung
lepaskan diri dari lombong
maybank besar didepan kota
sungguh ramai orang mulia
berborak menayang segala yang ada
semua wajah riak durjana
tidak fikir masa
gelak tidak tentu hala
buat aku garu kepala
jadi rimas seketika
lalu aku berlalu saja
sambil tangan menyeluk mana yang ada
sebagai modal pulang ke desa
sambil senyum dengan hasil larangan
badan ditahan oleh jelitawan
yang jasadnya adalah jantan
tapi rohnya berupa perempuan
aku mintak harga dikurangkan
untuk mendapat hasil yang berpatutan
jelitawan geleng tanda bantahan
sebab jelitawan hanya cari makan
aku pulang dengan kesepian
sambil ditemani sebuah kedinginan
aku hanya anak jalanan
yang teroka segala bentuk hiburan
sambil memanjat kesyukuran
aku masih ditegah dari dilalaikan
sambil pening dengan kemusykilan
bila hendak berakhir segala kegembiraan
jika aku terus tetap anak jalanan
Ahad, 5 September 2010
kepada teman
Aku tidak berniat untuk menyindir atau berikan pendapat
kerana aku juga sepertimu teman
tidak bernilai untuk berikan setitik teguran
tapi tidak sanggup aku melihat dirikmu begini wahai teman
tersesat dalam kedaifan
aku juga sepertimu
tidak menjaga kata dalam perbualan
gelak ketawa tanpa fikirkan perasaan
hanya cuba untuk belajar erti keseronokan
memekik dan mencari kesalahan
jika teman lain tersilap percaturan
melolong menjerit dengan senyuman
tapi bagiku
anda lah ubat,anda lah sahabat
aku tidak lihat lagi sebuah persahabatan
kerana teman terus hanyut dibelakang pemikiran
aku tidak pernah mengajar begini
tetapi teman yang cuba terokai sendiri
lupa kepada realiti
asyik di fantasi
sampai lupa kita pasti akan mati
aku begini sebab aku tidak mampu
melihat temanku begitu
hidup seperti di catu
umpama kepala diacu senapang berpeluru
tidak kira waktu
hanya tunggu malaikat menjemputmu
aku tidak mahu kau jauh tersesat
cukup jadikan aku pembelajaran
teman sudah banyak kesalahan
terlalu besar hingga menyinggung Tuhan
jangan begini teman
aku yang begini tidak pernah melangkaui demikian
kerana sekeras aku masih ada ketakutan
walaupun aku kurang aspek kewarasan
aku harap kau mengerti teman
hulur tanganmu jika kau dungu
tanya aku jika perlu
aku bukan kayu
menjadi yang terakhir untuk diberitahu
kerana teman fikir aku tidak mengambil tahu
lalu aku dibiarkan dalam perahu
mencari jalan sendiri ke hulu
tanpa pikirkan keadaan mu
oh teman
oh kawan
oh sahabat
oh rakan
oh darahku
baliklah keasal mu
seorang yang bukan lagi tahi di pandangan mataku
bahagikanlah keseronokan hidupmu
jangan terlalu disitu
tidak aku lari
tidak aku herdik
dan tidak aku pijak
kerana teman adalah separuh nyawaku
walaupun kuat bau setanggi busuk itu
aku tetap berada di belakangmu
gunakan akal,jika asyik
gunakan pengalaman
jika sampai ke kemuncak
ya Tuhan
dengarlah suaraku
maafkan aku jika buat teman hilang akal
kerana tidak menyanggah dari permulaan
maafkan aku ya Sempurna
kerana leka melihat teman berdusta
biar kita pegang bahu bersama
agar teman tidak dibakar di neraka
moga teman melihat ini
sebagai tanda kasih yang abadi
dari sahabatmu dunia dan mati
kerana aku juga sepertimu teman
tidak bernilai untuk berikan setitik teguran
tapi tidak sanggup aku melihat dirikmu begini wahai teman
tersesat dalam kedaifan
aku juga sepertimu
tidak menjaga kata dalam perbualan
gelak ketawa tanpa fikirkan perasaan
hanya cuba untuk belajar erti keseronokan
memekik dan mencari kesalahan
jika teman lain tersilap percaturan
melolong menjerit dengan senyuman
tapi bagiku
anda lah ubat,anda lah sahabat
aku tidak lihat lagi sebuah persahabatan
kerana teman terus hanyut dibelakang pemikiran
aku tidak pernah mengajar begini
tetapi teman yang cuba terokai sendiri
lupa kepada realiti
asyik di fantasi
sampai lupa kita pasti akan mati
aku begini sebab aku tidak mampu
melihat temanku begitu
hidup seperti di catu
umpama kepala diacu senapang berpeluru
tidak kira waktu
hanya tunggu malaikat menjemputmu
aku tidak mahu kau jauh tersesat
cukup jadikan aku pembelajaran
teman sudah banyak kesalahan
terlalu besar hingga menyinggung Tuhan
jangan begini teman
aku yang begini tidak pernah melangkaui demikian
kerana sekeras aku masih ada ketakutan
walaupun aku kurang aspek kewarasan
aku harap kau mengerti teman
hulur tanganmu jika kau dungu
tanya aku jika perlu
aku bukan kayu
menjadi yang terakhir untuk diberitahu
kerana teman fikir aku tidak mengambil tahu
lalu aku dibiarkan dalam perahu
mencari jalan sendiri ke hulu
tanpa pikirkan keadaan mu
oh teman
oh kawan
oh sahabat
oh rakan
oh darahku
baliklah keasal mu
seorang yang bukan lagi tahi di pandangan mataku
bahagikanlah keseronokan hidupmu
jangan terlalu disitu
tidak aku lari
tidak aku herdik
dan tidak aku pijak
kerana teman adalah separuh nyawaku
walaupun kuat bau setanggi busuk itu
aku tetap berada di belakangmu
gunakan akal,jika asyik
gunakan pengalaman
jika sampai ke kemuncak
ya Tuhan
dengarlah suaraku
maafkan aku jika buat teman hilang akal
kerana tidak menyanggah dari permulaan
maafkan aku ya Sempurna
kerana leka melihat teman berdusta
biar kita pegang bahu bersama
agar teman tidak dibakar di neraka
moga teman melihat ini
sebagai tanda kasih yang abadi
dari sahabatmu dunia dan mati
Khamis, 2 September 2010
sebuah perjalanan
aku berjalan dan terus berjalan
mencari apa yang ada di hadapan
melihat sekeliling keindahan rahmat yang diberikan
dan membuat diriku tawa sendirian
puas aku dongak keatas
melihat apa yang terbentang luas
lihat apa khilaf yang aku lakukan
mencari-cari cara penyelesaian
aku perlukan dorongan
untuk teruskan jangka kehidupan
aku perlukan bimbingan
bagi aku teruskan perjalanan kehadapan
jangan biarkan aku sendirian
hidup dalam kedaifan
sesat dalam kejahilan
buatku lupa akan tuhan
aku tidak takut cabaran
kerana aku bukan sembarangan
ada cara dan jalan penyelesaian
untukku menegakkan kebenaran
pandanglah aku dari hati
bukan lihatku dengan keji
aku tidak menagih simpati
cukup sekadar mengerti apa yang aku lalui
biarkan aku terus berjalan
walaupun tiada yang temankan
cukup sekadar unggas berterbangan
yang menemani dan mengekori kehidupan
aku akan terus berjalan
untuk teruskan kehidupan
mencari makna kehidupan
dan perbetulkan segala kemungkaran yang aku lakukan.
airul izwan bin zainudin
Rabu, 1 September 2010
tanya atok tentang merdeka.
aku bertanya pada atuk,
bile kita merdeka tok?
jawap atuk..
apabila kau dah berjaya,baru merdeka cu,,,
aku bertanya pada atuk,
tahun berapa kita merdeka tok?
jawap atuk..
tahunnya hanya pada nama cu,,,,,
aku bertanya pada atuk,
sebab apa kita merdeka tok?
jawap atuk..
sebab kita dah mula tak sabar nak pegang kuasa cu,,,
aku bertanya pada atuk,
kenapa kita kena jajah tok?
jawap atok...
sebab kita leka dan mudah percaya kat orang cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
dah berapa lame kita dijajah tok?
jawap atuk...
sudah sampai hingga rakyat sama macam penjajah cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
betul ke jepun jahat tok?
jawap atuk..
lagi jahat british yang mengaut segala hasil bumi kita cu,,,,
aku bertanya pada atuk,,
kenapa kita tak melawan tok?
jawap atuk..
orang-orang kita sendiri yang halang pahlawan itu melawan cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
kita tiada semangat melawan ke tok?
jawap atuk
semangat melawan kita telah dibayar untuk menyuruh berdiam diri cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
kenapa kita tak angkat senjata tok?
jawap atuk,,
apabila kita angkat senjata,kita dituduh pengkhianat bangsa yang duduk dalam hutan je cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
kenapa kita tak bersatu bersama masa itu tok?
jawap atuk
pemikiran rakyat masing-masing berlainan cu...
aku bertanya pada atuk,,
teruk sangatkah zaman sebelum merdeka tok?
jawap atuk,,
lagi elok dari zaman selepas merdeka cu...
aku bertanya pada atuk,,,
pentingkah merdeka tok??
jawap atuk,,
apabila engkau besar nanti,engkau akan melihat mereka-mereka yang merdeka dibawah kaki sendiri cu,
selamat hari perisytiharan kebebasan!
bile kita merdeka tok?
jawap atuk..
apabila kau dah berjaya,baru merdeka cu,,,
aku bertanya pada atuk,
tahun berapa kita merdeka tok?
jawap atuk..
tahunnya hanya pada nama cu,,,,,
aku bertanya pada atuk,
sebab apa kita merdeka tok?
jawap atuk..
sebab kita dah mula tak sabar nak pegang kuasa cu,,,
aku bertanya pada atuk,
kenapa kita kena jajah tok?
jawap atok...
sebab kita leka dan mudah percaya kat orang cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
dah berapa lame kita dijajah tok?
jawap atuk...
sudah sampai hingga rakyat sama macam penjajah cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
betul ke jepun jahat tok?
jawap atuk..
lagi jahat british yang mengaut segala hasil bumi kita cu,,,,
aku bertanya pada atuk,,
kenapa kita tak melawan tok?
jawap atuk..
orang-orang kita sendiri yang halang pahlawan itu melawan cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
kita tiada semangat melawan ke tok?
jawap atuk
semangat melawan kita telah dibayar untuk menyuruh berdiam diri cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
kenapa kita tak angkat senjata tok?
jawap atuk,,
apabila kita angkat senjata,kita dituduh pengkhianat bangsa yang duduk dalam hutan je cu,,,
aku bertanya pada atuk,,
kenapa kita tak bersatu bersama masa itu tok?
jawap atuk
pemikiran rakyat masing-masing berlainan cu...
aku bertanya pada atuk,,
teruk sangatkah zaman sebelum merdeka tok?
jawap atuk,,
lagi elok dari zaman selepas merdeka cu...
aku bertanya pada atuk,,,
pentingkah merdeka tok??
jawap atuk,,
apabila engkau besar nanti,engkau akan melihat mereka-mereka yang merdeka dibawah kaki sendiri cu,
selamat hari perisytiharan kebebasan!
permulaan sebuah penceritaan
kisah aku dah lama bermula,cuma baru nak dikongsi bersama,apa yang aku rasa,aku hajati,aku nak miliki,yang aku nak maki atau marahi...semua aku akan ceritakan,apa yang terbelit di kepala otak aku.. akan aku rungkaikan kat sini,
muzik,politik,kehidupan seharian,cinta,tentang aku dan yang maha Esa,pengaruh hidupku..akan di catat darii hari ke sehari...sehingga aku terlelap di dinihari.......harap pengembaraan aku mencetus konflik dekat pandangan korang.....1,2,3 go..... the movie will start.
muzik,politik,kehidupan seharian,cinta,tentang aku dan yang maha Esa,pengaruh hidupku..akan di catat darii hari ke sehari...sehingga aku terlelap di dinihari.......harap pengembaraan aku mencetus konflik dekat pandangan korang.....1,2,3 go..... the movie will start.
Langgan:
Catatan (Atom)