Jumaat, 24 September 2010
lelah
sendi nafasku tersungkur di lena
hempas jasadku dimana pahat tersedia
senak senyumku palsu dijiwa
rimas jabatku tanda peroleh bahagia
genggamku kelopak hanyir ukiran dari dermaga
aku berikan mereka selera
hidangan bunian sang raja
sedangkan aku mengigit segugur hitam dahlia
yang terlayu gugur dari singgahsana
lelah semangatku
lelah gelodakku
lelah pengorbananku
kau biarkan hanya disitu
untuk kukutip lendir satu persatu
kau tinggalkan sepi diruntun pilu
untuk kusapu dengan dedaun palsu
lebur segala sendi fizikalku
kerana lelah itu hanya di malam syahdu
p/s =mencuci pinggan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan