Sabtu, 11 September 2010

ucapan hari raya anak kota

                        

                                              

              Dengan lafaz Bismillah,saya dengan ini..ingin mengucapkan salam kemenangan buat seluruh umat islam tidak kira di mana tanah kita bersujud dan berpijak.selamat dari godaan hawa nafsu,kerana kejayaan kita ini lebih besarnya dari kejayaan bertempur sebagai mujahiddin.salam eid mubarak kepada yang membela tanah air,tidak kira tanah palestin,acheh,patani,bosnia,negara kapitalis yang ada penghuni muslim..semoga aidilfitri ini membawa sinar dan prestasi yang baru dalam perjuangan.kepada keluarga tercinta..semoga tiada lagi perbalahan antara kita,kepada sahabat,rakan,teman dan musuh setia..moga segala yang berlalu,luput di minda kita.moga kita yang masih hidup ini terus berdiri dengan kaki sendiri dan identiti sendiri.segala kesalahan saya lalu..merompak,menampar,menjilat,menuduh,mendusta,mengancam dan mengherdik gomen...di maafkan kerana saya hanya anak kecil yang merangkak-rangkak tanpa pengawasan.mungkin ideologi saya berbeza dengan anda semua,sebab itu berlaku penganiayaan yang saya lakukan kepada sesiapa yang terkena.tidak mahu berjanji yang tidak akan mengulangi pasti,kerana saya adalah melayu mudah lupa..moga yang sedang bahagia dengan keluarga dan kekasih tercinta,tidak lupakan mereka yang menderita..kepada yang lengkap keluarga mereka,masih ada lagi yang yatim berpiatu di seluruh dunia.kepada yang tidak berpeluang beraya,anggaplah ini cabaran untuk berjaya.moga Allah s w.t memberi limpahan kasih secukupnya kepada anda semua  yang mengikuti pengembaraan saya.bukan niat saya untuk membuat anda bersedih,menangis atau berkecil hati dengan tulisan saya.ini adalah realiti disebalik sisi gelap saya.salam aidilfitri sekali lagi dan mohon maaf kepada anda semua wahai nyawaku...








p/s sedikit geram dan sumpah seranah kerana ramai yang warna baju raya seperti saya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan