Rabu, 22 September 2010
angin pilu dari guantanamo
1903 milikan bertukar ganti
diberi oleh ditindas kepada penindas
dari hancur era fuedal hingga bangkit ego kapitalis
dirampas ditukar ideologi
ditadbir secara fizikal
hancur lebur impian para syuhada
ditutup mata
dibawa ke neraka dunia
hilang identiti
maruah dirantai
hati dicuci
tidak mungkin keluar lagi sebagai fisabilillah
jika daya lincah mula dihambat
tinggal iman tanda setia
disini tidak pernah dikhabarkan berita disana
kerana disini sibuk mengejar dunia
memang satu sujud kita
memang sesama saudara antara kita
belum tentu disini menangis untuk disana
sekuat hati disana
segagah hati disana
pertahankan panji agama
kerana tidak semena dihumban
apa salah mereka?
sila tanya tuan AMERIKA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan