Selasa, 21 September 2010
rap bangsa kita
dimulakan dengan niat
bukan di akhiri dengan cacian
lapangkan jiwa
melihat sudut kanan
sumbat bata jika sang baca jiwa muda
rentas diri jika diri pro aspirasi
baca dengan hati
kerana tepat kesasaran bangsa pertiwi
bahasa itu ada estetika tersendiri
dituturi cara lenggok penuh budi
kerana itu sahsiah peribadi
lambang peribadi benih parameswara
tersebar menjadi 13 kepala memerintah
yang belum tentu sedia di meja bulat bersua
mungkin ada wakil saja
yang angguk dengan dendam durjana
si kitol zaman moden
pewaris yang disokong pemikir orientalis
dari sudut hakiki
sejarah itu telah terbit megah berjilid
dibaca berjuta rakyat silih berganti
yang diangkat jadi hikayat
yang tidak berulang lagi
yang tidak dijajah lagi
kerana pegang janji
bahawa merdeka itu kekal abadi
gambar tukaran janji
yang rakyat percaya sampai mati
itu kebebasan tidak terperi
bebas dari ikut waktu greenwich
fikir sudah tidak dipijak lagi
tapi statue of liberty mula mewarnai
hingga hilang adab resam
dijajah tanah oleh kolonial
dijajah minda oleh iluminati
habis semua mula megah
bangsa mula jatuh tatasusila
anak 80 an tidak mungkin bersatu dengan 90 an
kerana dua jiwa yang berbeza
satu belajar dengan nama ilmu hisab
satu lagi dengan tunjang bahasa ayam
yang kredibiliti mula diragui
hingga nilai sasterawan itu ghaib dipandang sepi
bila sudah terlajak
bila sudah dirusuh
bila sudah terkena simbah
baru mula rasa salah
mulakan langkah kejalan belakang
setelah rosak dilebih beratus malam
bangsa dan agama dimodalkan
digadai ikut waktu hayat
terlebih kedepan pertahankan keturunan
tapi lupa bahawa jangka hayat kurang beramal
hang tuah tetap pahlawan
hang jebat tetap pengkhianat
naik takhta ikut hormat orang atasan
jangan dibangkang jangan dilawan
sebab itu saja yang kita pegang
yang lain kita redah hentam
jasad masing-masing
tahlil masing-masing
mana mungkin hendak berjabat
sedangkan tangan dihunus kerambit
tidak lagi guna keris
mana mungkin ada keris
jika belikat dirangkul barat
bukan peluru menghiasi senjata
tapi adu domba senjata utama
melawan guna akal
dibantu pentadbir besar suruhan dajal
orang biasa tidak akan bersuara
kerana suara
hanya berlegar-legar didalam sangkar besi
hilang tegang hilang bangkit
hilang harum hilang sakti
hilang mentera hilang hakiki
duduk diam menyesali diri
nenek moyang bagi tinggalan
ditinggalkan untuk berhijrah
untuk ditukar dengan modal
ikut arus kepesatan
nganga lihat helang tinggi
harimau kaku dikerumuni
zapin dan gamelan ditukar tiang ghairah
hilang songkok diganti duri landak
hilang kebaya diganti dengan tembusan mata
bangsa mula berlaga
tuduh dia,tuduh dia
roh yang ditiup disentap juga
digonggong anjing bukan terbela
tidak tahu jantina
tidak tahu siapa abdullahnya
tidak tahu siapa ratu hatinya
mula muhasabah diri
coretan-coretan mula kedengari
tuduh tidak tahu menjaga diri
fitnah lagi menghiasi
dicetak berjuta-juta kali
untuk mengaburi maksud tersembunyi
hilang maruah,senyum nikmat
tangan kanan berjabat
tangan kiri amik berkat
sara anak bini dengan suapan
yang bakal pewaris bangsa hadapan
patah kepada asal
tunduk dibawah satu jalan
tak kira kawan,tak kira lawan
cuci segala pijakan
basuh dengan kesepakatan
tutup mulut kiri
terajang tepi pipi
jika bangsa keras akhlak budi
tidak makan ajar tutur kata
ketuk sebelum mula terleka
kerana kita memang takkan hilang didunia
sebab dipurnama terakhir
bukan bangsa yang ditanya
tapi apa yang kita lakukan untuk pegangan kita
itu yang ditanya
cukup diri sudah dijual
jangan iman digadaikan
p/s : rockers2 juga,iman dan semangat bangsa kena jaga... try tengok rapping... terjeluik lidah.. ;p
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan