Khamis, 2 September 2010
sebuah perjalanan
aku berjalan dan terus berjalan
mencari apa yang ada di hadapan
melihat sekeliling keindahan rahmat yang diberikan
dan membuat diriku tawa sendirian
puas aku dongak keatas
melihat apa yang terbentang luas
lihat apa khilaf yang aku lakukan
mencari-cari cara penyelesaian
aku perlukan dorongan
untuk teruskan jangka kehidupan
aku perlukan bimbingan
bagi aku teruskan perjalanan kehadapan
jangan biarkan aku sendirian
hidup dalam kedaifan
sesat dalam kejahilan
buatku lupa akan tuhan
aku tidak takut cabaran
kerana aku bukan sembarangan
ada cara dan jalan penyelesaian
untukku menegakkan kebenaran
pandanglah aku dari hati
bukan lihatku dengan keji
aku tidak menagih simpati
cukup sekadar mengerti apa yang aku lalui
biarkan aku terus berjalan
walaupun tiada yang temankan
cukup sekadar unggas berterbangan
yang menemani dan mengekori kehidupan
aku akan terus berjalan
untuk teruskan kehidupan
mencari makna kehidupan
dan perbetulkan segala kemungkaran yang aku lakukan.
airul izwan bin zainudin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan