Isnin, 30 Mei 2011

rasa.




perlip bagiku  rumit
aku kikis jiwa
buang rasa kasih
aku timbus dengan pasir-pasir kesumat
biar tertanam jiwa dimiliki dan memiliki


namun
kudapati rasa ini tetap ada
aku menolak namun hadir memaksa menerjah raga
dalam terungkap aku lihat bahagia rasa berdua
jika cakerawala juga berkasih dengan bumi
kenapa tidak aku mencuba
dan iya
kau wanita itu...


..yang membuatkan aku menjadi tidak menentu
yang membuatkan aku mengerti erti malu
yang membuatkan aku ingin menyentuh hatimu
jejak-jejak mimpi makin jelas ukiran wajahmu
dalam sehari terubah
aku sudah mengalah


ya tuhan,
runtuhkan tembok ini
patahkan sumpah-sumpah aku yang lalu
kerana dia melumpuhkan setiap patah janjiku
jadikan dia separuh hatiku
meski hanya suku  ku ketahui kisahnya.





.

Isnin, 23 Mei 2011

sekadar hasrat.




tersedar dari mimpiku
yang mulanya  inginkan sebuah rasa bahagia
walau aku cuma
berharap agar bisikkanku didengar sang bayu
sampaikan terus pada wajah ayumu
meski hakiki aku patut mengerti
tuhan tidak menulis perjalanan kita


kerisauanku
kekalutanku
kenakalanku
apa aku beri
tulus dari hati
aku tak pernah bersua dua kali lihat gayamu
aku tidak dalami siapa sebenarnya kamu
dan aku tidak endah,
pada siapa milik kamu
sedangkan aku mencoret tanpa ragu


maaf
ku tak ingin terjadi tapi sudah terjadi 
menahan setiap semangat cuba menafi bila sudah mengerti
aku mungkin lari dan pantas pergi
ku takut hati mengoncang inginkan yang pasti
walhal sudah jelas aku patut malu sendiri
malam ini,
biarlah tamat dengan cara begini.

Ahad, 22 Mei 2011

terpulang apa katamu.




sepertinya
sudah banyak ku tulis hal yang membebankan
aku lihat isi ragam manusia
aku tulis apa yang aku rasa
aku tak banyak bicara pada ketenangan
kerana kepedihan sering berdampingan




lelah,
kadangkala tangan ini tidak pantas mengikut gerak minda
saat terik mentari membakar
fitrah manusia kerja demi sebuah hidup
aku memilih lelap dan berkawan dengan selimut
disaat kejora pula hangat menari dikeliling purnama
aku memilih memikir pada waktu sunyi
tanpa ragu dan rasa aneh
aku memilih langit teman bicaraku


sulit
memikirkan aku tidak biasa dari norma manusia
jauh memencil dari siapa-siapa yang mengerti apa maksud bersahabat
mereka tidak pernah meminggir
aku yang lari menjauh menutup hinaku
yang pada satu ketentuannya
aku perlukan keliling buat ketawa


pada segelintir dari kisahku
aku seakan tiada hati buat diberi pada sesiapa yang kasih
aku lebih rela biarkan mereka kecewa
jangan diharap pada aku yang biarkan ia  berdengung
pada apa aku boleh beri bahagia
menunggu itu perbuatan sia-sia
biarkan aku luput dari sisa kecil hidup kalian
tamatkan segera kisah perjalananku
kalian patut tidak peduli
aku disini tetap tiada apa-apa
melontar kata cara begini
aku lebih selesa.

Khamis, 19 Mei 2011

hakikat,dalam aku ada engkau.




menyelak catatan yang tertulis
sebelum-sebelum ini tidak ku seru engkau
bila jalan makin gelap
di atas langit terbentang luas
aku mula mencari hakikat
mencari segala rahsia
walau engkau sendiri itu rahsia


dalam mimpi sebelum ini
syaitan aku lihat seperti mursyid
aku buang lima dari genggam jaga
aku hanya berdasar nama
seperti pemeluk agama yang lainnya.


engkau tidak lari
cuma aku yang bawa diri
cinta aku dari kesombongan
aku lihat cinta pada satu pandangan
aku taburi mawar pada bidadari yang bukan iringi aku kelangit
padahal engkau,aku cuma lagukan kisah merintih
masih tetap sumbang aku persembahkan.


ilmu aku setitik dakwat di kertas putih
separuh dari usiaku dicatit berada dalam api 
tidak aku rela berjumpa malek
cukup sekadar terlihat dari mimpi


sisa ini untuk cinta
kuserah apa yang ada pada kekasih
walau sering duri menusuk  hati
takut aku mungkir lagi
dalam aku sentiasa engkau
dari jasad hingga roh aku milik engkau
beri aku sedetik nafas lagi
mencari engkau
tiada lagi rahsia
engkau yang hakikat.



Rabu, 18 Mei 2011

puisi buat manis.




kepada manis,
juga serta sekeliling yang damai bila merenungmu
adakah kita ditakdir untuk berkongsi rasa yang sama
antara garis-garis dirambutmu 
walau berjurai jatuh menutup keayuanmu
masih aku tatap walau misteri masih tak terungkap


kepada manis,
aku masih lihat senyuman walau sekali terlintas
seperti malam-malam yang berlalu
seperti semalam engkau masih didepanku
jika ini mainan anganku
pergilah jauh manis


wahai manis,
adakah luaran yang kupandang sama manis pada jiwamu
mengapa engkau harus ada
ketika mana aku tidak tersedia untuk berdua
pada ketika aku terikat janji-janji setia
pergi manis
jangan hadir dalam bayangku.


cukuplah terlihat indah wajahmu
cukuplah seksa bayangkan pesona tubuhmu
cukuplah pedihkan dari tutur sopanmu
cukup manis.
aku harap kau milik lelaki budiman

Sabtu, 7 Mei 2011

kepada ibu yang masih gagal aku bahagiakan.



diluar sana,ibu  bagai ratu tertinggi dalam hati
tiada yang rela lihat ibu dicela
ibu segalanya
tunjang kita bilamana  ragui diri
nafas kita dalam rujukan hidup
cinta yang utuh,yang bila mati penamat cerita


damai ada pada ibu
cinta ada pada ibu
restu dan kasih ada pada ibu
kebahagiaan
kesuciaan
kemuliaan
sebutan paling indah semuanya.
dan aku
apa yang kubalas?


kehidupan aku, kubayar dengan tangis ibu
lelah ibu, pengorbanan aku padamu
geram ibu, permainan harianku
sakit ibu, halus di pandanganku


ibu
selalulah ada untukku
setiap hembusan itu aku perlu
setiap jejak langkahku perlu doamu
 sesaat tidak pernah tiada rindu
dan setiap apa yang ku gapai
semua dari jerit perit ketika rahimmu mengeluarkanku..
terima kasih ibu
aku masih cuba bahagiakanmu.





Khamis, 5 Mei 2011

lelaki terbuang.



jika aku lelaki peminta sedekah
sudikah kalian berdamping denganku?
sekejap terhias senyumku
dan selalu duka itu temanku


bukan aku lelaki yang tercipta untuk meyerah dan menerima
tidak sedetik usaha mengubah semua
hanya menadah serta meminta-minta
terhanyut dalam rasa
aku juga ada rasa hina
akan usang perjalananku


tangis ini liat keras membeku
tulang-tulang dibadan kian reput dimamah waktu
angin itu kawan pada jasadku
tiada yang tidak,pernah dilempar padaku
jika persinggahan aku didunia tetap begini sampai ke mati
tuhan  tidak akan ku buang jauh dari hati.

Rabu, 4 Mei 2011

dalam 365 hari,kau hanya beri rehat sehari.



Dalam 365 hari yang ditentu tuhan
satu hari sahaja kau tidak menekan
mungkin dalam diam
satu hari itu tidak pernah tertinggal
dan dalam gelap
setiap ragut engkau ada tersirat


kami
hanya si kecil yang mampu melaung
turun,turun,turun wahai engkau!
tiada berubah
kau tetap selesa


ada wang,ada kuasa
tak perlu raja,tak perlu agama
cukup itu untuk kau
seksa bagi kami ploretariat yang sengsara
hari ini hari engkau,hari esok tetap engkau
tiada hari untuk kami
yang ada satu hari rehat jaja peluh keringat laung penghapusan
sesaat kami tidak berhenti
doa  engkau mati itu pengucapan harian kami.