Khamis, 19 Mei 2011

hakikat,dalam aku ada engkau.




menyelak catatan yang tertulis
sebelum-sebelum ini tidak ku seru engkau
bila jalan makin gelap
di atas langit terbentang luas
aku mula mencari hakikat
mencari segala rahsia
walau engkau sendiri itu rahsia


dalam mimpi sebelum ini
syaitan aku lihat seperti mursyid
aku buang lima dari genggam jaga
aku hanya berdasar nama
seperti pemeluk agama yang lainnya.


engkau tidak lari
cuma aku yang bawa diri
cinta aku dari kesombongan
aku lihat cinta pada satu pandangan
aku taburi mawar pada bidadari yang bukan iringi aku kelangit
padahal engkau,aku cuma lagukan kisah merintih
masih tetap sumbang aku persembahkan.


ilmu aku setitik dakwat di kertas putih
separuh dari usiaku dicatit berada dalam api 
tidak aku rela berjumpa malek
cukup sekadar terlihat dari mimpi


sisa ini untuk cinta
kuserah apa yang ada pada kekasih
walau sering duri menusuk  hati
takut aku mungkir lagi
dalam aku sentiasa engkau
dari jasad hingga roh aku milik engkau
beri aku sedetik nafas lagi
mencari engkau
tiada lagi rahsia
engkau yang hakikat.



2 ulasan:

  1. lara sukakan yang ini.

    yang terbaik bagi lara dari 7 puisi lain di ruang utama.

    tapi, rasanya boleh di"polish" lagi. sebab ia terlalu liar dan tiada titik fokus tentang apa yang nak diceritakan dalam sajak ni.

    bagi izwan, izwan yang mengarang nya tentulah izwan tahu ia tentang apa, tapi bagi lain yang membacanya ia seolah membaca sambil pikiran dihempas-hempas. u know, ia terlalu liar dan tiada definisi yang tetap difahami. pendek kata, terlalu absurd bagi lara. cuma dua perenggan pertama yang nampak intact dan ada sinambungan anatara satu sama lain. tapi masuk perenggan tiga, dia macam lari kelain pulak ceritanya.

    walaubagaimana pun, absurd yang baik yang ada cerita dan masih boleh difahami dan disusun cantik cuma mungkin boleh kemas lagi pasti lah lebih baik. hihi

    lara sukakan,

    "syaitan aku lihat seperti mursyid"

    BalasPadam
  2. okey maaf. bila baca semula,lara tarik balik komen kat atas tu.

    ia memang cukup baik, ia memang punya titik fokus. sinambungan nya kena cuma kena baca betul2 untuk dapatkan maksudnya.

    hihi

    tapi ya, mungkin kalau dikemaskan lagi penggunaan perkataan yang tak perlu ia akan lebih uummphh!

    contoh tak perlu atau boleh dikemaskan lagi bagi lara lah,

    "walau sering duri menusuk hati"
    "takut aku mungkir lagi"


    jadi kalau lara, lara letak ini,

    "meski jarum jahat mencucuk hati"
    "meski aku jadi mungkir janji"


    okey tak? rasanya lebih kena sebab izwan ada sebut syaitan permulaan sajak tu. so syaitan tu keep cucuk u, menyebabkan u mungkir janji untuk berubah. centulaaahhh

    BalasPadam