Selasa, 8 Mei 2012

sajak ini aku tulis tanpa sedar,aku tidak berikan judul. hanya kau yang akan terasa jika kau membaca guna jiwa.


wahai hati,
salahkah aku ingin bercinta dengan pelangi?
walau adakala aku teringin berbaik dengan matahari.
berdosakah perlip sederap dengan dua bidadari?
yang aku sedari itu semua mimpi

tapi hati,
berilah aku peluang girang dalam mimpi
sampai aku penat memeluk lelah hati.
biarlah aku menari-nari dalam mimpi
biarlah aku jerih bermasturbasi disini,
kerana aku letih diikat syahwat berisi

tolong hati,
jangan biar aku terjaga
jangan hilangkan dua bidadari ini
limpahkan samsu biar terkhayal mindaku
jangan celikkan aku
biarku ketawa memegang herba
tanpa semua sedar
tanpa semua risau
tanpa semua memandang
biarkan aku habis bersetubuh dengan sajak ini
kerana tidak mungkin bidadari-bidadari akan membaca
mereka tidak tahu apa
mereka sesekali tidak akan pedulikannya
kerana mereka tidak terasa,
sajakku ini tertuju untuk mereka
yang amat aku cinta salah seorangnya (di realiti)

akhirnya,
di jurang kepedihan
perit lena bersemayam di rasaku
entah sampai bila
entah tiada hujungnya.
entah!