Khamis, 25 November 2010

aku,kau dan dia.



kadang-kadang
bila masa
aku menjadi kerdil
dan ada masa
aku menjadi gergasi
dibalik orang-orang kenit
aku membuli tanpa henti
dan kala aku kerdil
sekali ditepis pasti aku terduduk
bila mana motokar aku membelah renyai
kau dan dia senyum melambai memercik air
dan aku senyum sediakala seperti tiada apa
telefon bimbitku masih di saku
sedangkan kamu dan kamu seinci memisah ber pin pin gelak manja
minuman karbonatku hanya milo suam
sedangkan kau yang merampas dia ada di kopitiam haram
hadiahku hanya mampu pasu bunga ditanam di tanah mendap
tapi aku malu diberitahu dia memandu mobil pemberianmu
lesenku masih baharu
tika kau,dia dan sesiapa boleh berdamping bawa seberapa
gitar bukan mainanku bila kau memujuk dia
tatkala aku bengap mencari idea
perutku bagai busung tunggu meletup
namun kau dan gym rakyat bagai kawan
aku tidak tahu malu
kau budiman berbahasa i dan you
maka dia pergi kepadamu
lalu aku teruskan hidupku
kau dan dia serasi padu
tinggallah
tinggallah
tingallah
aku mengesat hingusku....

Rabu, 24 November 2010

blues si rabak harum!




ada suatu ceritera
asal mamat si punah kerjaya
jurutera asal beralih jiwa
berbuih ibu degil minda
tegar tetap satukan minat
biarkan 
biarkan
biarkan
si rabak terbang bebas
kembara selongkar cari cahaya
si rabak mencari jalan
berbudi lunas impian
si rabak kayuh kedepan
lepaskan kekasih setia terkorban
si rabak buang gaji bulan
asal makan pakai elok terlihat
kuatkan
kuatkan
kuatkan
moga harum mati jantan
moga harum dikenang jalanan
moga harum ciptaan guna pakai
tidak terhenti disini
tidak lelah mendakap caci
hikayat biar kelangsungan
jiwa jiwa menebal  melawan
terus!
jangan berhenti
harum kekal abadi.

kepada bulan aku bercerita...



aku leka memerhatikannya
saatku terjaga aku pantas merenungnya
ditempat ku berpijak ku luahkan mafhumnya
dan saat sisa begini menanti cerah fajar menyinar
monolog sepi sendiri berjela
tatkala makin menyisih
luahku makin merintih
bukanku gila tiada pendengar yang rela menadah sedih jua
namun akrabnya aku dan rembulan 
bagai sejati tetap disisi
dan setiap malam-malamnya juga
bulan masih setia mendengar
apa aku rasa
apa aku tawa
apa aku duka
apa aku derita
apa aku bahagia
dan terima kasih buatnya.

Isnin, 22 November 2010

metafora pendar



kisah ini aku tujukan buatmu
untuk kau disana atau merata dudukmu
moga-moga didengar walau tidak menyahut
emansipasi dirimu dari belenggu minda
buat sementara menghayati rangkap aku buatmu
bacul jika aku  tidak menghentammu
pengharapan janji palsu noktah pedih
sisa-sisa menanti sia-sia menjawab
aku bagai pohon bersandar buatmu luah seksa dunia
dan aku tempat kau kencing buatmu rungkai cerita sembang kopi
kau bersama tika dalam kasih dengannya
dan suku 10 tahun pertama kau raikan indah dengannya
maka aku meminggir mencari lelah
dan disaat ku rebah menunggu tumbang
aku lari teruskan kelangsungan hidup
moga hari esok aku bahagia.






selamat ulangtahun bahagia yang ke 3 dariku.terima kasih.aku penat.

Jumaat, 19 November 2010

aku bukan sang algojo


petala isi hingga luar saksi
titis titis peluh membasahi
saat begini senyum hangit pahit
tapis segala benda
biar tinggal sengsara
usir diri menjauh pergi durjana
aku bukan mencari musuh
menghukum lantas menembak sifat
senyumku keras bukan ego tersimpan
kasar ajaran cara ku hentam
aku berlembut tika hidang tersiap
jalan lurus ku simpang menyesat
kata kata permainan minda
usah ditakut usah dicuriga
aku terima andai dipenjara
jika aku berjaya hasut seberapa manusia..

Enigma



raup cebisan noda
rungkai  dibalik makrifat
sejadinya dari yang molek
menyingsing kalam dicelah batu terbelah
bibit terkelu jasad tersipu
biar bertiraikan banir
dari lilit sutera
biar berkandilkan bulan
dari bumbung pajangan parsi
biar berkelambukan gua
walau jadi santapan mergastua
kelintaran aku mencari maksudmu
nyah dikau wahai ijajil
ku sedar ku bukan dari ningrat
hampas pengemis lambakan
namun daya tidak memegat jalan
selagi akal masih ligat

Selasa, 16 November 2010

korban dan cinta




tinta putih mengalun lembut
lentur dan ayat madah menafsir
warkah ku olah buatmu kasih
redup celahan lindungan kemboja
langkah ku jejak bersama mawar
embun basah sudah kupijak
ditanah yang merah aku bersila
luahan nada buatmu sayang
aku mengadu bahawa kau kurindu
titis bergenang bertakung luhur
dari dia ku singgah dikau
menjauh tidak buatku alpa
kau dan dia yang aku kasih
moga lena dipeluk yang utama.


*salam aidiladha buat semua yang aku kasih dan mereka-mereka yang melihat blog aku ini...terima                
   kasih,Allah bersama kalian.

Isnin, 15 November 2010

provokasi



nista melempar tepat
singa menyinga santapan terangkat
suapan bertalu dayang melayan
ribut bertalu merobek kayangan
nun dikalangan mamanda mamanda setia
ligat otak kerahkan cara
apa cara jebat wajib disula
merpati menyampai khabaran palsu
pelusuk tani kabut meluru
sapi dijauh tersenyum padu
singgahsana itu mutlakmu
bertalu-talu panah meluru
tidak setitik mengugatmu
dan kamu masih disitu...

Ahad, 14 November 2010

tukul dan sabit



jika kukatakan bahawa sisa ini ada
maka bingit ini mula menyoal
dibalik tirai-tirai kehancuran
anasir hina makin menebal
pelusuk jajahan membuai gelora
jiwa kita parah melodak api juang
kita bebas dibayang barat
tapi kebal meresap adunan barat
mayat mayat itu kekal bersuara
waris waris ini mengerti
ketebalan membenci harus berterus
kibaran panji berganti
asyik mencemuh
mengerling pinta dijabat
tika ini
kesedihan ini
keriangan buat masa depan

wanita dan aku.




perasaan bercampur baur
titah sakti melunyai mawar pesona
aluan tempo jazz gimik pengamatan
cello di alun bagai lentikkan gadis misteri
biola digesek merintih dambakan kasih
gendang dipalu kemaskan rangkul belikat
drum dihenyak mulut bertaup
asyik dibuai nyanyian primadona anak satu


oh,pandanganku makin palsu
getik nakalku limpah bertalu
jiwa-jiwa serpihan mat bunga lawang hamparan sisa
halus tubuhnya benang menjatuh
syahwat mengigau bikin aku gerun
esakkan mendekat
aku merapat
menjauh tidak tersempat
aku menduga akal
menghayun erti aku gagal
menolak erti aku konservatif


oh wanita
rayu itu bikin derita
makin ku layu,makin ku dungu
secantik itu akal senipis baghal
seinci tubuh ku mudah menyelak
namun ku gugup berteriak noda
mahu tapi kulepaskan
dia mendekat mencabar iman
aku tunduk memandang tundun
lalu ku cabut mengecut osteogenesis
selamat tinggal
aku lelaki yang gagal...

resolusi kandang sarkis



di keadaan begini
taburan kata hikmat bagai pahit peria
kala segerombolan pemuda berdiri
asyik menyanjung si bual manis
hangat mentari tidak terlawan hati
pepohon merayu matikan pedih begini
janji ditaburi bagai itu pasti
kehendakkan masa bertempiaran lari
mengauli aristokrasi hasrat mampan kedepan
marhaen dilempar
penjajah digaji
asasi ini makin menghentak
tutup mulut  pemidato petualang
jalan raya ini
bukti simbolik kami tentang!

love and soul



terimalah seadanya
yakni bahawa berbeza kita mahram sisinya
dan pujangga bait lama halusi butirannya
tegah bersebab
sanggah beradab
ruang ruang liku hempas metafora
lakaran kanvas tercoret bias
akuilah jua
nyawa dan cinta itu sarkastik
maka cairan peneal merembes meningkah  aroma
pujian bagai jujur kait kemas di dada
harusnya jelita tepis curiga
kasih menitis tuang digenap penuhi jiwa
dan nyanyikanlah buat mereka mereka sepi
isi bait melodi terindah simbolik dua hati
saksinya adalah janji
alam merestui
haiwan mengiringi
manusia mengamini
disebalik malaikat memuji
biarkan tuhan tentukan penamat cara
mati bahagia
atau mati derita dunia

Sabtu, 13 November 2010

mati biar harum jantan!



tidak ku patah
tidak ku rebah
tidak ku sesak
tidak ku cabut
tidak ku melingkup
biar tumbang belimpah darah
biar hanyir bermusim dibangkai
biar rela digonggong mughallazah
biar syahid tidak bertanda
aku lelaki
kewajiban barisan hadapan






*apa saja,biar mulut disebut jadi hero walau menolong buta melintas

Jumaat, 12 November 2010

si gagah rebahnya tersenyum jua..


ketika saatnya gemilang
tinggal tubuh tegar seorang
seberang rentas sempadan
hamburan cara titipkan juang
masih berkumis tebal
maka kental tidak pertukaran hati
dari jiwa jiwa yang terbabas
lahir bagai takdir berdekad hinap di rimba
madah keras senjata sejati
tika putaran alam masih tidak menyebelahi
dia tidak pernah mati
dan tingkahnya ada yang ekori
teori,praktikal dan congak hidup
kau hidup untuk 1000 tahun lagi.

Khamis, 11 November 2010

aku kaki rusuh tegar!



aku memang suka menyusahkan orang.
kadang-kadang semua orang pandang hairan
bicara keadilan,alam,ketetapan
semua aku bedal
rasa menyesal bila aku dah terlajak ke depan
aku tinggalkan cinta
aku pujuk kawan
untuk perubahan masa depan
aku tak berani janjikan habuan
sebab aku sendiri kering hulurkan ringgit dan rungutan belakang tabir
tapi
andai aku ditahan
mohon tempah batu nisan awal-awal.

Rabu, 10 November 2010

ayat tak masuk akal.




aku ibaratkan kau macam roti coklat,
kau lazat dan menambahkan selera
tapi sayang
roti tetap buat alas perut




selalu kau dibandingkan seperti bintang fantasia
ada rupa akal standard darjah dua
kebodohan ketara bila kau raja kelab
makan stik guna tangan


aku ada akal sedikit nakal
hari-hari roulette sepusingan
tapi aku tau politik dan tipu muslihat
berbanding kau hulur tangan berlapik kertas pujaan
cakap saudara kerja gomen terus dapat


hari hari saya makan
sepapan petai pencuci mulut
iya
saya busuk dan bangkai
tapi tak pernah buang bangkai bertali pusat


jika aku ini ditakdirkan menjadi bintang
aku harap agar bintang itu paling jauh tersorok
 semakin susah dicari
semakin dirasakan itu specialnya


beza aku dengan anda
aku tidak tahu bezakan malu terampil dengan malu tapi mahu


aku amat hargai petani
aku makanlah semua apa ciptaan segar tumbuh dibumi
lalu buat tekak takutkan ubat manusia


aku mengaku
perangai aku nak level setaraf syaitan
tapi aku ragu
orang tetap takut nak mengaku dirinya saing syaitan
sedangkan syaitan sendiri tak perlu hinggap dekat 


kadang-kadang,didalam ke`humble'lan itu
kita ada perlu sisi berlagak
sudah adat moden
sederhana,sombong,baik dan jahat seiring


jujur aku perlukan teman wanita buat masa ini
tapi teman wanita yang lahirkan aku pun aku tak mampu tambatnya
inikan yang bukan mahram ku


insomnia memang ada untuk mereka yang hidup di alam sendiri
andai tidur normal
maka terikatlah anda dengan bumi


sepertiga dari cebisan aku palsu
dan separuh lagi ilusi
kerana realitinya aku begitu aib sekali

Selasa, 9 November 2010

jangan kau renungku bagai heroism



aku anak kecil yang setitik kasih tumpah menghilang
aku membesar dikeliling habitat tabiat makan untuk hidup
aku berpakaian asal zip boleh tertutup
aku dikalangan kawan yang jarang boleh pakai


tapi kau pandang aku bagai soldadu hadapan
tapi kau tenung umpama aku ketua pengawas
tapi kau senyum seperti lihat aku rajinikath
tapi kau buat bisu bila aku sembang hal akhirat


maka aku orang kecil impian bergantang
maka aku celoteh untuk dinding melantun pulang
maka aku sumbang tidak diteman kedepan lantang
maka aku asing dikalangan waris setandan


hingga aku hilang dikehendakkan waktu
hingga aku terbang kembali membisu
hingga tinggalan aku jadi tisu
hingga waktu namaku luput

biarkan dia bahagia


tika ku hamburkan madah ini
renyai turut merasai
sayup nun jauh
pelangi mula menyedia laluannya
dan detik ini
lambaian memori sinis menyentak kita
waktu kita gembira
mencari khusyuk salah manusia
buatkan kita gembira
perkecil segala cacat sana
dan hari hari bahagia kita
kita hiasi dengan tawa hiburan cara kita
dan permulaan derita mula kau tempah
kepingan kepingan akrab retak jurangkan kita
secangkir racun kau terima ia
salah kami buatmu memilih dia?
dan salah kami menyanggah ajari dari cara bergaya?
maafkan kami
perlekeh senyummu
entengkan hajatmu
tidak ku hirau tidak ku ragu tidak ku sayu
aku mula membenci
namun teman lain rayukan hati ini
kasih...
khatan kita kecil bersama
jahat kita pelajari bersama
laluan mengejar ilmu itu jua kita abdi bersama
hanya dia buatmu bahagia?
maka maaf dari kami
kami bukan sahabat kecil yang tidak menerobos jiwa katamu
dan dia tercipta untukmu
kami biarkan kau bahagia
di awalan syurga ciptaan kau dan dia..

Isnin, 8 November 2010

rock tong dan roll sampah



saya ada jiwa
dan jiwa rela untuknya
nyanyian saya untuk pendamaian
dari deras darah lontarkan segenap isi
tiada yang lebih pantas untuk saya dendangkan
kecuali kata rock n roll hidupku
semangatku
pengorbananku
mengejar masyhur
biar keliling mencebik
tidak saya mengigil
atas bawah
tak mungkin ditukar

perawanmu teruk diragut wahai rubiah!




kau jelita dikala kelahiranmu
terindah itu ukiran agung dari tuhan
khidmatmu tidak jemu
dari perabad lama namamu subur
tidak lekang senyummu
permulaan selamat datang aluanmu 
hingga kembali pulang kau disitu


dan sesungguhnya
fitrah manusia
yang sudah bertutup segala hatinya
malu tiada sisinya
angankan harta
lupa jasamu
bahawa kita pernah bersahabat
segala isimu mula diteroka
dicadang dipasti bahawa
menjualmu itu duit untuk generasi 


oh disana
rubiah banyak berjasa
biarkanlah ia bahagia disana
tidak pernah rubiah khianati kita
sesekali pun tidak leka khidmatnya
mengapa kejam kita?
hingga pengabdian janji untuk menjaga rubiah hanya mimpi kini
molekul-molekul aneh itu bukan temanmu rubiah untuk bersahabat
jika kau sambutnya
maka menitis derita selama-lamanya
masih ada yang sudi melindungimu rubiah
orang tengah itu buta lacurkanmu buat santapan si latin


oh rubiah
selagi ada daya
selagi ada yang rela
pertahankanmu itu mesti
tidaklah rela golongan sepi menjilat lagi
tanah sendiri tuannya bukan berbenih rahim sini
sesungguhnya rubiah
dikalangan kami yang jahil ini
masih ada yang simpati
sesungguhnya rubiah
tuhan mendengari rayuanmu
dan tiba waktunya
alam pasti menang.

cahaya dibalik sangkar nada.



ceritakanlah..
kepada mereka disana
katakan pada mereka
kita tetap sama
beza lena diperbatasan  tukaran cahaya
dan nyanyikanlah
buat mereka-mereka yang tandus bunyi gembira
seketika riang sekelumit tawa
peluklah mereka
buat tenang menjauhi ilusi terjaga
dan khabarkanlah berita gembira
walau harapan setitik  air turun dari bumi gersang
suburkanlah
tanamilah kasih ini
walau abu di penamat cerita
agar cahaya silih berganti

Jumaat, 5 November 2010

mungkin kalian musuhiku...



guru kita tidak sama
pembelajaran juga lain pondoknya
tidakkah salah aku menyongsang
aku sekadar terkesima
taufan angin buat jiwa getar semangatnya
benih ini lahir untuk bertanya
pasti terbit yakin apa dibaca
aku benci segala aturan sekatan ketetapan
tidak juga sepenuh kebebasan
merpati putih terbang meliar
lastik tepat patah jua sayapnya
maka yang suci penjara derita
tidakkah ia bahagia
diragut fikiran jasad direjam
keluarkah ia lagi bagai perwira?
dukungan panji biarlah berani
anak muda ikhlas sasanya
nasionalis hancur disatukan begitu
cabang biar mekar liar tumbuhi
disiram si geliga suburkan sifat
dan hari ini
mereka tewas lagi
tapi pasti
gemerlapan itu untuk abad terakhir...

janji dijunjung,bila diagung mula keletah belit sombong.



harapkan dia,celaka jadinya
bagi yang lain pula
musnah diragut sekalian isi
maka..
bagaimana kami mahu percaya?
andai titah manifesto pusing terbalikkan kata
apa yang kami miliki?
jika semua segala macam sisi bumi ditanda nama tuan.
mana kami nak berdiri?
andai setiap langkah congak menapak dicukai adanya
mana keadilan kami?
keadilan disorok dibawah tangan-tangan ghaib yang menerobos hingga dubur terperit
jangan buat kami begini
tidak akan jadi begitu andai setia patuh madame tussauds anda boleh jamin
tolonglah kami
maaf!
rang undang-undang aku cipta
maka maaf itu akan dilakukan dengan hiasan monumen tugu 
tanda anda dan siapa saja berkehendakkan nama dicatit dalam arkib

laluan penuh bohong



saat ini mungkin aku tidak kering
sendiri rebah dilaluan musykil
semakin sempit aku mencelah
toleh belakang harapan takkan mengundur
selit makin mengecil
tipuan makin runcing
dia,dia,dia, dan dia
semakin membelit
aku makin pening
malaikat mencatit mula geleng
haluan sana mungkar
haluan sini fatwa bersanggah
terkedu aku di bohongan padu
maka itu gila aku tidak bernama saintifiknya.

Khamis, 4 November 2010

dan sebenarnya ini permulaannya...





maka segala yang lama mati memorinya
resah gelodak parah hiris nipis semahunya
nun cahaya tidak membantunya
dan gerombolan kecil mengorak songsang arus
fikiran tutup hirau mulut halus
tegarkan daya sentapkan aroma
selera meliar seadanya sisi jiwa meronta
hirup setubuh bagai cermin menjilat tubuh sekeping
sama hidu sama rentak canggung asmaranya
moga tika tiba kembali
permulaan sisi cariannya
noktah pada asal  dicipta bagaimana.

Isnin, 1 November 2010

kehilangan








ini perjanjian kami denganNYA
bahawa kami pinjamanNYA
sesungguhnya terlalu awal direntap 
tinggallah duka dibalik tawa
titis titis noktah lama tersiat
sedetik melayang asyik degilnya
itu keindahan kami
separuh membenci
separuh simpati
sebal jiwa protes naluri
makin menjauh loloskan diri
dan perginya melopong tanpa kata
layangan raut naif lama berdetik
itu sejarah kami
dan mana tegar diganti
sesungguhnya
kumbang hitam itu tiada galangnya
biar layu mawar di celahan riba
kerana dia terbaik geliga nakalnya
dan memori itu kami sebutkan 
didendang untuk penghormatan
 andai cucu bertanya....










*perangai syaitan kita dulu buatkan kita senyum dihari tua...moga kau tersenyum mengadapNYA.amin

malam ini milik mereka.



kerana
khayalan buat kita bahagia
nafas ini,belum terhenti
masih dambakan keindahan dunia
cahaya setia arahkan panduannya
kita ucapkan terima kasih buat menghargai khidmatnya
langit bagaikan mengerti
mengapa kami tidak  hinggap beradu waktu dinihari
dingin juga merestui
cuma bulan menyepi
bintang turutkan kata bulan
kami merayu agar diri diterima
lukis kata di padang minta hiburkan kami
luluhnya jiwa ini
mereka seakan perli
meminta hujan buatkan kami pergi
sayangnya kami sekeping hati jinak
berlari berteduh asal gaya  tidak kuyup
oh kamu diatas
kenapa begini?
dijawabnya
malam ini hak mereka bergembira.

gilanya bukan dipinta




sesatan diri tidak pernah direstui mereka
sisi sebuah sifat meronta meminta-minta
agar adanya keindahan di kala mimpi
kekusutan bukan untuk mereka
dia,dan siapa saja
keterampilan ini jangan dilirik lamanya
sungguh sakit untuk mata anda
oh
maaf ya semua