Khamis, 25 November 2010

aku,kau dan dia.



kadang-kadang
bila masa
aku menjadi kerdil
dan ada masa
aku menjadi gergasi
dibalik orang-orang kenit
aku membuli tanpa henti
dan kala aku kerdil
sekali ditepis pasti aku terduduk
bila mana motokar aku membelah renyai
kau dan dia senyum melambai memercik air
dan aku senyum sediakala seperti tiada apa
telefon bimbitku masih di saku
sedangkan kamu dan kamu seinci memisah ber pin pin gelak manja
minuman karbonatku hanya milo suam
sedangkan kau yang merampas dia ada di kopitiam haram
hadiahku hanya mampu pasu bunga ditanam di tanah mendap
tapi aku malu diberitahu dia memandu mobil pemberianmu
lesenku masih baharu
tika kau,dia dan sesiapa boleh berdamping bawa seberapa
gitar bukan mainanku bila kau memujuk dia
tatkala aku bengap mencari idea
perutku bagai busung tunggu meletup
namun kau dan gym rakyat bagai kawan
aku tidak tahu malu
kau budiman berbahasa i dan you
maka dia pergi kepadamu
lalu aku teruskan hidupku
kau dan dia serasi padu
tinggallah
tinggallah
tingallah
aku mengesat hingusku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan