tulislah,sepuas hati kau.kerana jarang yang perhati.
Jumaat, 19 November 2010
Enigma
raup cebisan noda rungkai dibalik makrifat sejadinya dari yang molek menyingsing kalam dicelah batu terbelah bibit terkelu jasad tersipu biar bertiraikan banir dari lilit sutera biar berkandilkan bulan dari bumbung pajangan parsi biar berkelambukan gua walau jadi santapan mergastua kelintaran aku mencari maksudmu nyah dikau wahai ijajil ku sedar ku bukan dari ningrat hampas pengemis lambakan namun daya tidak memegat jalan selagi akal masih ligat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan