Jumaat, 5 November 2010

janji dijunjung,bila diagung mula keletah belit sombong.



harapkan dia,celaka jadinya
bagi yang lain pula
musnah diragut sekalian isi
maka..
bagaimana kami mahu percaya?
andai titah manifesto pusing terbalikkan kata
apa yang kami miliki?
jika semua segala macam sisi bumi ditanda nama tuan.
mana kami nak berdiri?
andai setiap langkah congak menapak dicukai adanya
mana keadilan kami?
keadilan disorok dibawah tangan-tangan ghaib yang menerobos hingga dubur terperit
jangan buat kami begini
tidak akan jadi begitu andai setia patuh madame tussauds anda boleh jamin
tolonglah kami
maaf!
rang undang-undang aku cipta
maka maaf itu akan dilakukan dengan hiasan monumen tugu 
tanda anda dan siapa saja berkehendakkan nama dicatit dalam arkib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan