Rabu, 10 November 2010

ayat tak masuk akal.




aku ibaratkan kau macam roti coklat,
kau lazat dan menambahkan selera
tapi sayang
roti tetap buat alas perut




selalu kau dibandingkan seperti bintang fantasia
ada rupa akal standard darjah dua
kebodohan ketara bila kau raja kelab
makan stik guna tangan


aku ada akal sedikit nakal
hari-hari roulette sepusingan
tapi aku tau politik dan tipu muslihat
berbanding kau hulur tangan berlapik kertas pujaan
cakap saudara kerja gomen terus dapat


hari hari saya makan
sepapan petai pencuci mulut
iya
saya busuk dan bangkai
tapi tak pernah buang bangkai bertali pusat


jika aku ini ditakdirkan menjadi bintang
aku harap agar bintang itu paling jauh tersorok
 semakin susah dicari
semakin dirasakan itu specialnya


beza aku dengan anda
aku tidak tahu bezakan malu terampil dengan malu tapi mahu


aku amat hargai petani
aku makanlah semua apa ciptaan segar tumbuh dibumi
lalu buat tekak takutkan ubat manusia


aku mengaku
perangai aku nak level setaraf syaitan
tapi aku ragu
orang tetap takut nak mengaku dirinya saing syaitan
sedangkan syaitan sendiri tak perlu hinggap dekat 


kadang-kadang,didalam ke`humble'lan itu
kita ada perlu sisi berlagak
sudah adat moden
sederhana,sombong,baik dan jahat seiring


jujur aku perlukan teman wanita buat masa ini
tapi teman wanita yang lahirkan aku pun aku tak mampu tambatnya
inikan yang bukan mahram ku


insomnia memang ada untuk mereka yang hidup di alam sendiri
andai tidur normal
maka terikatlah anda dengan bumi


sepertiga dari cebisan aku palsu
dan separuh lagi ilusi
kerana realitinya aku begitu aib sekali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan