bahawa kami pinjamanNYA
sesungguhnya terlalu awal direntap
tinggallah duka dibalik tawa
titis titis noktah lama tersiat
sedetik melayang asyik degilnya
itu keindahan kami
separuh membenci
separuh simpati
sebal jiwa protes naluri
makin menjauh loloskan diri
dan perginya melopong tanpa kata
layangan raut naif lama berdetik
itu sejarah kami
dan mana tegar diganti
sesungguhnya
kumbang hitam itu tiada galangnya
biar layu mawar di celahan riba
kerana dia terbaik geliga nakalnya
dan memori itu kami sebutkan
didendang untuk penghormatan
andai cucu bertanya....
*perangai syaitan kita dulu buatkan kita senyum dihari tua...moga kau tersenyum mengadapNYA.amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan