Ahad, 31 Oktober 2010

katakanlah kan...

katakanlah kan..
andai kata
aku dan si dia berniaga
apa yang patut diniaga?
tidak kisah senja atau lena
janji laku adanya...
bagilah sebarang umpatan atau gertakan membina
supaya kami berjaya

Jumaat, 29 Oktober 2010

pesona wanita tafsiranku



sesungguhnya,
aku tidak mengharapkan semanis janis joplin untuk dendangkan irama sepi ketika beradu
tidak pula teringin dihati memilih seliar nancy spungen
jauh sekali mengharapkan sekuat margaret thatcher
menjauh dari materialistik imelda marcos
menghindar dari tipu hodoh marie antoinette
mungkin sesekali teringin sokongan eva peron sedia dampingiku dan sokong idealis ini
juga sesetia eleanor roosevelt walau aku berkayu entah berapa
atau mungkin rezeki puteri rania mendampingi?
juga tidak berduka jika aku pergi setabah jackie kennedy?
yang mampu menitip bait pedih umpama emily dickinson
dilagukan dengan nada ritma nancy sinatra
adakah sudi ratu isabella menumpangkan kamarnya?
enak dipeluk erat sang rakus tera patrick
mungkin ku tolak layanan cleopatra
kerana aku tau pasti mata hari mendengki
letih melayani manja pura katrina kaif
tidak ku rela mengambil yoko ono hingga kawan ku buang jauhnya
mungkin aku senasib memilih shamsiah fakeh
bersama berikrar melawan disisi aung san suu kyi
atau biarkan tetap memilih tidak harum bagai ratna sari dewi?
oh tuhan...
tidaklah layak ku bicara minta umpama khadijah
khuatir diriku kerana kurang sempurna disisi aishah
biarlah sama merasa seksa sumayyah
atau diri ini
hanya nantikan ganjaran bidadari di keindahan tertinggi.







*cantik,sopan,anggun itu rezeki....

Khamis, 28 Oktober 2010

aku,dia dan tanpa kasih



merancang untuk peradaban bersama
jatuh sungkur khianat tepat tikaman dada
rayu hiba kasihan lepaskan juga
mimpi alamat buruk sangsi
putaran cair lumpuhkan pineal
aku lepaskan kau
untuk kebahagiaan masa depan kau
rock dan ratu takkan bersatu
depan itu
laluan untukmu
cukup
biarkan aku dibalas kejamnya

mencari cinderella


tak jumpa... haiyaaaaa...

Rabu, 27 Oktober 2010

laungan itu




gugup itu merombakkan dada
intonasi berubah tanda yakin adanya
tunduk khayal buaikan rasa
tetapkan jiwa berubah kelantangan
biarkan kami menderita 
untuk peradaban lamanya
kerana kejayaan itu hadir
mungkin 100 tahun lepas matinya kami
angkat senjata bukan caranya
rampasan minda gaya anak muda
letih ini tidak berakhir
laungan ini tidak tenggelam
pasti esok
kita dijulang.

Ahad, 24 Oktober 2010

sesungguhnya makanan ruji aku adalah menipu.




dan sesungguhnya inilah lemparan tepat ke dahiku
terpacak signboard bahawa itu aku
dituduh melulu-lulu aku begitu
tanpa salam dan dibom kata-kata dihambur begitu
menipu,tertipu buat-buat malu
muka tak malu
tak kenal aku terus salahkan aku
pura-pura ego dah tau tembakan tersasar
mulut wanita nurbisa dari tedung
lelaki gagah henjut menumbuk ikut arah
dan dua-dua jantina sama bebal
tiada beza
kebodohan menyumbat dubur dengan kapas
tak buat kata buat
tunjuk bukti hebat
dia salah aku kena
dia buat aku dituduh ajar
aku kiri dia kanan
aku kencing kepala paip kau kata aku tak waras
dan memang tidak tahan
kata-kata cacian
maaf?
ada atau tiada..

Sabtu, 23 Oktober 2010

from sayong with love




lahirnya ibu  tanda abadi disitu
dihantar dihempas seluruh waris
ditangan saudara itu dan saudara ini
dipondok mengaji berhentinya setengah pinggang
kasih tidak cukup seadaanya
disitu juga kehidupan itu guru
dan disitu juga tanda kasih bukti diri bukan si anak  dagang
tempat jauh lagi dikenang
walau rindu semakin jauh
lara dendam bertukar simpati
tak pernah padam kisah lama
tapi hati merapat disitu
dan di sungai itu
tempat kami bermain
kini mengecil
tidak sederas juga kurangnya penambang
sedekad pulang terlupa jalannya
moga disitu
tempat lahir ibu
indah lagi buat kami.


rintik hujan



tirai jendela diselak
tidak lagi reda rintiknya
gelap langitnya lagi
tiada tanda amarah berhenti
masih berdentum melawan bukti gagah
kita yang kecil berteduh seadaanya
pohon-pohon menadah menghirup segar
deras sungai berlari sepuasnya
ini masa pesta untuk hidupan air
tidak kepada yang berakal

Khamis, 21 Oktober 2010

lena siang

saatku terjaga
mimpiku dijerkah
jiwa meronta
iblis aturkan warna
tabirkan aturcara
tinggalkan alam jaga sementara
buatku senyap indah layarinya


dikelilingi bunian perkampungan gegar jiwa
redupku memandangnya
disitu puncak syurga kita
tidak mahu kembali
biarkan pengakhiran disini
prebet hasutan mula tertawa ria
agenda berjaya buatkan asar jadi leka


semakin berat badan dihimpit
makin pusing kepala meronta
ingin kembali nyata
turun iblis ganti prebetnya gagalkan usaha
bentangkan lagi ilusi indah rekaannya
tidak ada daya
tiba jua pengakhirannya
malaikat menampar buat beliak mata
sugul muka mamai adanya
hati ditenteramkan
bila maghrib  melaung 
tanda tiba tunduk untukNYA

Rabu, 20 Oktober 2010

ratib si yatim

tidaklah diri sedia mengadap begini
bila ditebangnya pohon kasih bersandar
dirampas tiada amarannya
kasih itu tidak terasa hingga matang usia
yatim kami tidak dipinta
tangisan kami bukan  direka
indah esok tergelap sementara
andai diberi karamah  diri kami
cabutlah nyawa kami yang hingusan mengenal bumi
diganti  pada yang hak demi sesuap nasi
senyum palitan palsu
mungkin tuhan mendengari
ujian awal uji keresahan
inilah cara kami
terkial-kial berdiri sendiri
bukanlah kehendak mendendang tangis ini
tidaklah kami diminta simpati
diberi lengkapnya untuk hiburkan kami
yatim kami bukan atas nama
hulur tangan minta sumbangan si kaya
takbir raya kelopak mata banjir hendaknya
cukup sekadar mengerti
jika diberi nyawa kedua pada yang direntap dari kami
maka tuhan menjadi saksi tidaklah disia-siakan sedetik jua....









*jika sehina mana ibu bapa anda,walau neraka paling tinggi tanda dosa yang mereka lakukan,sedetik pun mohon jangan kecewa,hargailah mereka sehingga kalimah al-fatihah dibisikkan di telinga mereka..doa kami si yatim  ditadah untuk seluruh ibu bapa anda.tanda terima kasih menerima kami...

Selasa, 19 Oktober 2010

aku dan buku 555



reput layu termalu di atas para
di hiasi sekalian habuk debu melingkari
masihkan diingati diriku ini?
pernah menginap sisi saku kecil
menyelit dironyok dicatit ada saja
itu keindahan lama
mana mungkin berjasa pada tika ini
diri ini makin disisih
jauh dihumban tinggalan zaman
detik ini aku cantas modesasi jiwa
keutuhanmu ini aku sanjung
lalu leka tatapmu sengihku panjang
bahawa sudah lama kurindukan coret begini

Isnin, 18 Oktober 2010

seruan mereka



rintik-rintik lebat tidak bias tubuh mereka
tegar berdiri tidak ubah patung gagah sunyi
laungan  makin gema
memekakkan telinga memecahkan atmosfera
puluhan berdiri merangkul belikat setempat
kedepan terus bangkit rasa
makin dihayun makin menyerap semangat
tidak kebelakang walau setapak
ini seruan mereka
harga diri mereka
suara mereka masa depan kita
dirampas disekat tanpa alasan
punyalah sial bukti tidak bersifat
mereka bukan anjing perbatasan
diberi dadah menghidu kesalahan
teruskan berdiri untuk kebebasan ini anak muda
suara ini untuk cucu kita
dan keadilan ini untuk sejarah buku teks masa depan.

aku cintakanmu,perlu restu kasih.

kau restu agar diriku membenih di rahim bonda
lahirnya aku dibisik nyanyian indah
dan diucap didengar para malaikat
nangisku pertama tanda salam pada umat 
tapi jelas tangisan merayu dijauhkan iblis
yang menghimpit berebutkan daku
yatim itu dugaan pertama
tidak tersedia menjadi cepat dewasa
terlalu bebas diriku terbang
hingga hilang untuk mendarat ke asal
tersasar jauh tidak pulang mengetuk
sujud dahulu untuk raikan sesuatu
tawa indah lupa bahawa DIA memerhati
tidakkah aku fikir DIA tersinggung
leka permainan catur susunan duniawi
mula celaru diusia tengah
tapi jelas keadaanku
jauh darimu
aku perlukan tiap restumu
agar jiwa tetap satu
untuk sujud kasih yang sejati
aku terlalu mencintaimu
walau sasar degil masih mengulanginya
hina aku kerana jauh berbual sentiasa denganmu
tidak sedetik aku cari dan mencari
walau jasad tutur engkau itu ada
masa yang banyak engkau beri
lengah jawapan yang kubalas
kepadamu kekasihku yang satu
kepadamu cinta sejatiku
pengabdianku hanya untukmu
tika ini,riak wajah ini
tangisan ini bukan  permainan sementaraku
hingga lupa janji ketika kau berikan roh ini sebelum terbuka pintu fana
bahawa aku hanya pinjaman darimu
moga ini bukan pengakhirannya
pasti!
kau akan kutemui nanti ya pencipta






















                  

salam juang untukmu di Ramallah



langit itu merintih pedih 
mengadu langit sini tidak amannya disana
cahaya buatan manusia tidak pernah sunyi 
tidak mampu langit tepis asakan debu hampas
tidak mengenal siapa menghentam bumimu
gegak gempita laung sakit
anak kecil kudrat dewasa tegar lawanya
bai-bait indah tidak terucap
tidak sedetik pun Allah tidak mendengar
tulus suara yatim  syahdu meratib
tegar sakit tidak berhenti
walau mulut tinggal petah semangat
aku disini dengki kepada kalian
senyum mengejar syahid
kedepan dihujan peluru perang
mati berjasad dikasih indah
darah itu mereka genggam
doa tidak pernah henti mengalir
syurga itu pasti
Allah sudah janji
terus berdiri di gersang bumi sendiri

kasih dicelah lorong

disitu,engkau  berdiri
setia menanti tidak kenal lelah
perjalananmu ini bukan ditentu disini
bukan ini pengakhiranmu
tapi kisah dahulu itu yang buatmu mukim disini
mereka yang hadir ziarahimu tidak penah simpati kawan
mereka cuma mahu bergembira
berdendang sayang bergigit kencang
tapi itu bukan jiwamu kasih
kau tidak pernah meronta membebaskan jiwa
walau rintih asmara itu tidak terngiang hingga ke telinga
kerana duka lama itu buatmu terlontar dari melayannya
berhenti! terus lari
kerana cahaya itu tidak menunggumu
kamu yang mengejarnya..

Sabtu, 16 Oktober 2010

hari yang berlalu

hari yang berlalu teruskan biar berlalu
tidak diundur ubah buruk laku lalu
jeling lihat kenangan syahdu
pantas masa,meluncur leka
tiada ubahnya sisi dewasa
gelak tawa tiada beza
fikiran jadi debat sempurna
bukti hari yang lalu
jadi tanda kita dewasa

Jumaat, 15 Oktober 2010

harimau di dada kiriku

                      

ini sumpah dan janjiku
kerana kamu yang memilihku
berbakti untuk tanah airku
darah dan keringat tanda buktiku
harimau kita satu
jangan hina aku rayu
bagi aku serlah belangku
ini sumpah dan janjiku
tanda balas buktiku mampu
hancur badan
tidak ku ragu
kerana hari esok pasti milikku.







*jatuh bangun itu aku disisi mereka.

dan semua menghilang

semua kerana cinta
asyik di pementasan asmara
kau menghilang
dikala kawan tawa riang di pohon rendang
kau pilih dengan dia
kerana dia dewi
kerana dia sang bidadari
dari permaidani baldu buatan parsi
asyiknya melayan primadona mulut bisa
lalu kawan duka memerhati nafsu tergendala
kawan senyum tumpang bahagia
belah dada kecewa tidak terkata
bahagia kau itu ada sekatannya
kerana dugaan itu telah turun tanpa sanggahnya
mula meliar mencari bahu
agar dapat surutkan hatimu
bila duka sudah menghilang
kau pilih dirinya jua
dan semua menghilang..

Rabu, 13 Oktober 2010

rintihan rasa mat rock hina

            



        pantas pendek masa berlalu,terus berlalu ikut had umur pengundi
        dari rabak kangkang hingga tertutup mana sisi kemaluan
        rambut panjang lagak perajurit kidal menghayun-hayun panji aman
        kesat egois madah permulaan kata tanpa kekangan adab timuran
        mereka pandang,atas bawah bulat mata mengumpat  senyum gigi emas       
        tegur tanya apa fahaman? dari mana datang budaya
        saya senyum terus tunduk persis mamanda mohon berlalu
        kurang ajar mulut berapi bukan caranya
        ketuk sinis bukan lawannya
        pentafsiran peribadi selalu disalah erti
        ada otak tetapi disesatkan perkembangan perdana
        bulat-bulat percaya kami ini hina
        larang anak itu bukan kawanmu
        aku tidak mengajar begitu
        anak mengganguk setuju
        pusing belakang kenyit mata padaku
        malam ini tubuh milik semua manusia
        saya anak ikut kata keluarga
        pergi hiburan kala mereka diulit lena
        muzik aku,kamu,dia,mereka,sana,situ tiada beza
        cuma gaya aku tidak secukup sifat mereka
        lentur badan struktur muka tidak seindah dia dan dia
        mereka kritis,aku tepis
        kerana aku,dia dan dia serta mereka pernah dibawah sama
        beza aku hanya ditakuk lama
        aku idealis,mereka hero gadis-gadis
        melawan si melatah ada cara dan penumbuk ajarnya
        mereka begitu,biarkan begitu
        arus depan bagus untuk mereka
        aku tidak begitu
        sebab aku memang bukan begitu
        dan aku tidak perlu ikut begitu
        hina itu sentiasa berlegar-legar
        merayap-rayap terjah telinga yang sebal dan tebal, mungkin dah bebal
        aku hina dipandangan mereka
        terima kasih tidak terhingga
        terbukti cara kita tidak sama..
        
        

mencari damai yang hilang

                  
           damai itu hadir tidak berdetik
           mencari itu terkial-kial takkan pasti
           damai itu pasti
            menanti terbit bila akan hadir
           damai takkan hadir jika hanya leka
           membatu dan khayal duniawi
           aku nanti pasti
           aku yakin masa nanti
           aku akan temui
           damai disana.
          
          

Isnin, 11 Oktober 2010

dendam

                
                        bila aku kuasai lautan
                        kau kata hanya sesetengah laut yang akuinya
                        bila aku memimpin puluhan pemuda
                        kau kata aku yang sogokkannya
                        bila aku berjaya membuat wanita rebah di dada
                        kau kata aku meracau fikiran mereka
                        jika aku naik
                        kau jatuhkannya
                        jika aku kaya
                        kau susutkannya
                        bila kau akan menyerah?
                        apabila iblis sudah penat berbisik di telingaku...
                      
                      

Sabtu, 9 Oktober 2010

arena derita

              


                 aku pilih derita
                 meredah jalan fana
                 puas aku di syurga dunia
                 tidak aku mampu gegar tiang arsy
                 aku bukan yang terpilih
                 untuk sejagat melihatku
                 pegabdianku hanya padamu kasih
                 jalan terang ditutup hijab
                 bila terbuka aku bersedia
                 derita dunia sentiasa ada
                 kusyukkan hatiku wahai kasih
                 agar derita dibalas syurga

Khamis, 7 Oktober 2010

senja pendamaian

                                            
                    
                        
              aku melihat matahari mula segan
              makin menjauh dari pandangan
              aku berkejaran lihat keindahan
              terbenam dicelahan
              melurut ke lantai bumi
              menghilang ikut alunan putaran
              untuk berbakti di sudut barat
              dibumi tanahku
              senja tersenyum
              menjerit mengherdik kanak-kanak pulang
              si cantik yang garang
              dengan amarah warna bertukar hitam
              aku cintakan senja
              damai menanti penuh simbolik
              tanda syukur seharian lelah
              pertukaran indah yang aku leka
              si cerah tersenyum lega
              khidmat kepada manusia telah dikota
              senja menjadi saksi
              dan aku setia dengan senja
              kerana lepas senja ada alunan berirama
              bersahut sahut seluruh bergema
              tanda kita ada tugas sujud dengan-NYA
              

Isnin, 4 Oktober 2010

selamat tinggal winston...

  sedih rasenye,nak berpisah dengan die..kitorang mula start cium mulut sama2 masa awal 2008,sblm niy kapel ngan brand lain,makin hari..saham kau makin tinggi..dulu orang tak rase sangat kenaikan dia.. tapi skang niy.bila umur makin membesar...baru terasa ekonomi diri sedikt tergugat...terpaksa la aku cari kekasih yang baru yang lagi murah dan tak demand...adakah kenaikan harga ini menyebabkan rakyat berubah fikiran? xmungkin kot.. kalo dah berkawan uh,air dicincang takkan putus.letakkan seratus sekotak..ada gak orang akan beli...tapi,dulu masa aku masih nakal2 dan anggap dia sebagai main2..aku pikir,gomen naikkan harga sebab nk jage kesihatan rakyat.. tapi bila dh anggp dia sbgai keperluan harian niy..lepas itu dengan kenaikan yang  xbrape stabil..dlm setahun naik 2 3 kali.. aku mula musykil...rokok itu penyumbang cukai utama kita kaa?? sebab,selepas pemberian bonus...after raya n diskaun tol.. harga rokok dinaikkan?? aiyaaa....maka,sebagai perokok2 tegar,mereka tetap akan jalankan kewajipan mereka... tapi kenaikan yang ini macam xberasas btol..terlalu menikam sangat...kalo naikkan harga rokok je.. naikkan la harga yang lain...duti hiburan,pusat hiburan,kilang arak cukaikan harga tinggi,tinggikan lagi harga nombor ekor.. kan molek juga uh.. bwu xde yg di anaktirikan...nmpk semua merasa kat blah2 susah dia... baru 1 malaysia mengamalkan pensederhanaan..tiket paramong uh naikkan je lagi... baru kapitalis kenyang masuk perut dorang...uh,makin lame..pemerintahan makin tidak stabil... sebab rokok itu, tidak kira agama,budaya bangsa dan apa2 fahaman.. leh buat kita tunduk kat dia seketika... peace!



 harap pihak kerajaan haramkan rokok.berani?