saatku terjaga
mimpiku dijerkah
jiwa meronta
iblis aturkan warna
tabirkan aturcara
tinggalkan alam jaga sementara
buatku senyap indah layarinya
dikelilingi bunian perkampungan gegar jiwa
redupku memandangnya
disitu puncak syurga kita
tidak mahu kembali
biarkan pengakhiran disini
prebet hasutan mula tertawa ria
agenda berjaya buatkan asar jadi leka
semakin berat badan dihimpit
makin pusing kepala meronta
ingin kembali nyata
turun iblis ganti prebetnya gagalkan usaha
bentangkan lagi ilusi indah rekaannya
tidak ada daya
tiba jua pengakhirannya
malaikat menampar buat beliak mata
sugul muka mamai adanya
hati ditenteramkan
bila maghrib melaung
tanda tiba tunduk untukNYA
uih. bagus. lagi mau nak rendah diri bagai.
BalasPadam