Rabu, 13 Oktober 2010
rintihan rasa mat rock hina
pantas pendek masa berlalu,terus berlalu ikut had umur pengundi
dari rabak kangkang hingga tertutup mana sisi kemaluan
rambut panjang lagak perajurit kidal menghayun-hayun panji aman
kesat egois madah permulaan kata tanpa kekangan adab timuran
mereka pandang,atas bawah bulat mata mengumpat senyum gigi emas
tegur tanya apa fahaman? dari mana datang budaya
saya senyum terus tunduk persis mamanda mohon berlalu
kurang ajar mulut berapi bukan caranya
ketuk sinis bukan lawannya
pentafsiran peribadi selalu disalah erti
ada otak tetapi disesatkan perkembangan perdana
bulat-bulat percaya kami ini hina
larang anak itu bukan kawanmu
aku tidak mengajar begitu
anak mengganguk setuju
pusing belakang kenyit mata padaku
malam ini tubuh milik semua manusia
saya anak ikut kata keluarga
pergi hiburan kala mereka diulit lena
muzik aku,kamu,dia,mereka,sana,situ tiada beza
cuma gaya aku tidak secukup sifat mereka
lentur badan struktur muka tidak seindah dia dan dia
mereka kritis,aku tepis
kerana aku,dia dan dia serta mereka pernah dibawah sama
beza aku hanya ditakuk lama
aku idealis,mereka hero gadis-gadis
melawan si melatah ada cara dan penumbuk ajarnya
mereka begitu,biarkan begitu
arus depan bagus untuk mereka
aku tidak begitu
sebab aku memang bukan begitu
dan aku tidak perlu ikut begitu
hina itu sentiasa berlegar-legar
merayap-rayap terjah telinga yang sebal dan tebal, mungkin dah bebal
aku hina dipandangan mereka
terima kasih tidak terhingga
terbukti cara kita tidak sama..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan