Jumaat, 15 Oktober 2010

dan semua menghilang

semua kerana cinta
asyik di pementasan asmara
kau menghilang
dikala kawan tawa riang di pohon rendang
kau pilih dengan dia
kerana dia dewi
kerana dia sang bidadari
dari permaidani baldu buatan parsi
asyiknya melayan primadona mulut bisa
lalu kawan duka memerhati nafsu tergendala
kawan senyum tumpang bahagia
belah dada kecewa tidak terkata
bahagia kau itu ada sekatannya
kerana dugaan itu telah turun tanpa sanggahnya
mula meliar mencari bahu
agar dapat surutkan hatimu
bila duka sudah menghilang
kau pilih dirinya jua
dan semua menghilang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan