Isnin, 18 Oktober 2010

kasih dicelah lorong

disitu,engkau  berdiri
setia menanti tidak kenal lelah
perjalananmu ini bukan ditentu disini
bukan ini pengakhiranmu
tapi kisah dahulu itu yang buatmu mukim disini
mereka yang hadir ziarahimu tidak penah simpati kawan
mereka cuma mahu bergembira
berdendang sayang bergigit kencang
tapi itu bukan jiwamu kasih
kau tidak pernah meronta membebaskan jiwa
walau rintih asmara itu tidak terngiang hingga ke telinga
kerana duka lama itu buatmu terlontar dari melayannya
berhenti! terus lari
kerana cahaya itu tidak menunggumu
kamu yang mengejarnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan