kepada kalian
terima kasih diatas hadiah ini
hadiah yang mengelodak jiwa kami
hadiah yang bangkitkan rasa benci dari anak-anak negeri
hadiah yang membebankan kami
hadiah terindah buat kalian makin dicaci
kepada kalian
yang menelanjangkan maruah sendiri
yang menghancurkan harapan kami
yang menjauhkan minat kami pada sokongan untuk darah sendiri
meranapkan angan-angan kami
merampas kegembiraan kami pada sukan ni
hinalah kalian di mata semua!
integriti yang dilaung sekadar pelekat di setiap jersi
kepada kalian
tiba masa,berundurlah
kami sudah lama terhina
sudah lama dahaga tangis gembira
harimau sudah hilang taringnya
berundurlah
secara hormat
secara rela
bukan dengan cara kami telanjangkan di jalan.
*kepada tuhan
dengarlah suara kami
hapuskan tangan-tangan tahi
inilah kebahagiaan sementara kami
inilah sukan menyatukan kami
inilah simbol penyatuan kami
yang lari dari perang & politik hina.
Memaparkan catatan dengan label RAMPASAN minda.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAMPASAN minda.. Papar semua catatan
Isnin, 24 Oktober 2011
Isnin, 27 Jun 2011
demokrasi dewasa.
pada ketika itu
cilawagi masih berkemban
turun di jalanan menuntut sebuah daulat
semuanya halal
tanpa ragu dan terlepas nyawa
mati sebagai perwira adalah mulia
kalimah lantang terentang pada setiap inci yang bernama nasionalis
dirgahayu dipinta
berdekad mereka berkuasa
sisa-sisa keladak waris turun temurun
dari bapa turun pada anaknya
dari datuk membelit cicitnya
pada semua saudara mara
negara ini mutlak hak mereka
dan pada waktu ini
demokrasi ditunjukkan pada susun paling teliti
ditonton pada dunia, ini cara dewasa
suara-suara bebas dikumpul dalam satu arca
dan mereka
kekal berkuasa
tahniah!
-ajari anak muda cara demokrasi paling dewasa
Rabu, 4 Mei 2011
dalam 365 hari,kau hanya beri rehat sehari.
Dalam 365 hari yang ditentu tuhan
satu hari sahaja kau tidak menekan
mungkin dalam diam
satu hari itu tidak pernah tertinggal
dan dalam gelap
setiap ragut engkau ada tersirat
kami
hanya si kecil yang mampu melaung
turun,turun,turun wahai engkau!
tiada berubah
kau tetap selesa
ada wang,ada kuasa
tak perlu raja,tak perlu agama
cukup itu untuk kau
seksa bagi kami ploretariat yang sengsara
hari ini hari engkau,hari esok tetap engkau
tiada hari untuk kami
yang ada satu hari rehat jaja peluh keringat laung penghapusan
sesaat kami tidak berhenti
doa engkau mati itu pengucapan harian kami.
Sabtu, 16 April 2011
diakhir puncak.
ada waktunya
kita merasa sangsi pada diri
merasa dipijak walau ada ketika dipuji
sampai dipuncak
sampai binasa segala
waktu-waktu yang tertulis diisi dengan nyanyian penuh gembira
hingga waktu tersedih kita gagal untuk tangisi seikhlas hati
menangis hanya perlu
rindu bila rasa ingin menyentuh sesuatu
bila sampai sesuatu hendaknya
kita jarang ingin dipimpin
kita menolak segala kegagalan
kita berubah seperti airnya pasang tidak akan surut
tidak akan turun
tidak akan layu
dan bilamana tiba diakhir puncak masyhur
kita terasa bertatih itu perlu.
Ahad, 6 Februari 2011
sisa tertinggal
sisa tertinggal
letusan amarah terpendam
laungan serata pelusuk
membangkit jiwa tertindas
merusuh hati merungkai kejahilan
tumbangkan si kuku besi
ayuh ke jalan sahabat
darah kita mengalir bukti kebenaran
anjing anjing bertuan tidak mampu menahan
melawan biar nyawa tergadai
demi masa depan
ketaksamaan sesama insan
demi generasi
penyambung revolusi sulit ini
Ahad, 2 Januari 2011
tekukur melahu
berabad sumpah tuah dibela
ribuan pertahan ironik tipu mereka
raja-raja murka harta menyusut
mula bangun pahlawan-pahlawan tekukur
harapkan midas beroleh lumayan
bangun bangun bangun
nusa menjerit
jatuh jatuh jatuh
peranakan mengharap
mendeliar orang tengah
janji di ungkap
jalan disuluh
cara dibentang
namun penjaga-penjaga disuap
rizab dipajak
istimewa lain dipijak
baya aku melayu baru
dan melayu baru merayu tanpa malu
melayu baru cacah tubuh
melayu baru melayu walhasil
melayu itu bunuh melayu ini
makin layu wahai bangsaku
makin kedepan makin barat
timur hilang jalan terkangkang
dia melayu,aku melayu kamu juga melayu
keluaran habuk serbuk kayu
pahlawan mara kedepan
perjuang ketuanan
rakyat-rakyat nganga anggukkan
dia dapat dato
kita dapat sesal
makin baru makin bebal
tanjak bertukar,disarung kepala naga
dan mereka mereka berdiri megah
ada pistol ada buah
kita ada apa?
Sabtu, 18 Disember 2010
pemain ke 12.
harimau harimau yang berdiri
belang memancar megah mengasak
dan kami disini utuh berpaut
biru
kuning
merah
putih
jaluran lindungan untuk kami
gempita laungan kami
gentar jauh sekali
gendang perang berbunyi
kami tetap berdiri
jatuh bangun kami
ini tanah kami!
Rabu, 24 November 2010
blues si rabak harum!
ada suatu ceritera
asal mamat si punah kerjaya
jurutera asal beralih jiwa
berbuih ibu degil minda
tegar tetap satukan minat
biarkan
biarkan
biarkan
si rabak terbang bebas
kembara selongkar cari cahaya
si rabak mencari jalan
berbudi lunas impian
si rabak kayuh kedepan
lepaskan kekasih setia terkorban
si rabak buang gaji bulan
asal makan pakai elok terlihat
kuatkan
kuatkan
kuatkan
moga harum mati jantan
moga harum dikenang jalanan
moga harum ciptaan guna pakai
tidak terhenti disini
tidak lelah mendakap caci
hikayat biar kelangsungan
jiwa jiwa menebal melawan
terus!
jangan berhenti
harum kekal abadi.
Isnin, 15 November 2010
provokasi
nista melempar tepat
singa menyinga santapan terangkat
suapan bertalu dayang melayan
ribut bertalu merobek kayangan
nun dikalangan mamanda mamanda setia
ligat otak kerahkan cara
apa cara jebat wajib disula
merpati menyampai khabaran palsu
pelusuk tani kabut meluru
sapi dijauh tersenyum padu
singgahsana itu mutlakmu
bertalu-talu panah meluru
tidak setitik mengugatmu
dan kamu masih disitu...
Ahad, 14 November 2010
resolusi kandang sarkis
di keadaan begini
taburan kata hikmat bagai pahit peria
kala segerombolan pemuda berdiri
asyik menyanjung si bual manis
hangat mentari tidak terlawan hati
pepohon merayu matikan pedih begini
janji ditaburi bagai itu pasti
kehendakkan masa bertempiaran lari
mengauli aristokrasi hasrat mampan kedepan
marhaen dilempar
penjajah digaji
asasi ini makin menghentak
tutup mulut pemidato petualang
jalan raya ini
bukti simbolik kami tentang!
Jumaat, 12 November 2010
si gagah rebahnya tersenyum jua..
ketika saatnya gemilang
tinggal tubuh tegar seorang
seberang rentas sempadan
hamburan cara titipkan juang
masih berkumis tebal
maka kental tidak pertukaran hati
dari jiwa jiwa yang terbabas
lahir bagai takdir berdekad hinap di rimba
madah keras senjata sejati
tika putaran alam masih tidak menyebelahi
dia tidak pernah mati
dan tingkahnya ada yang ekori
teori,praktikal dan congak hidup
kau hidup untuk 1000 tahun lagi.
Selasa, 9 November 2010
jangan kau renungku bagai heroism
aku anak kecil yang setitik kasih tumpah menghilang
aku membesar dikeliling habitat tabiat makan untuk hidup
aku berpakaian asal zip boleh tertutup
aku dikalangan kawan yang jarang boleh pakai
tapi kau pandang aku bagai soldadu hadapan
tapi kau tenung umpama aku ketua pengawas
tapi kau senyum seperti lihat aku rajinikath
tapi kau buat bisu bila aku sembang hal akhirat
maka aku orang kecil impian bergantang
maka aku celoteh untuk dinding melantun pulang
maka aku sumbang tidak diteman kedepan lantang
maka aku asing dikalangan waris setandan
hingga aku hilang dikehendakkan waktu
hingga aku terbang kembali membisu
hingga tinggalan aku jadi tisu
hingga waktu namaku luput
Jumaat, 5 November 2010
mungkin kalian musuhiku...
guru kita tidak sama
pembelajaran juga lain pondoknya
tidakkah salah aku menyongsang
aku sekadar terkesima
taufan angin buat jiwa getar semangatnya
benih ini lahir untuk bertanya
pasti terbit yakin apa dibaca
aku benci segala aturan sekatan ketetapan
tidak juga sepenuh kebebasan
merpati putih terbang meliar
lastik tepat patah jua sayapnya
maka yang suci penjara derita
tidakkah ia bahagia
diragut fikiran jasad direjam
keluarkah ia lagi bagai perwira?
dukungan panji biarlah berani
anak muda ikhlas sasanya
nasionalis hancur disatukan begitu
cabang biar mekar liar tumbuhi
disiram si geliga suburkan sifat
dan hari ini
mereka tewas lagi
tapi pasti
gemerlapan itu untuk abad terakhir...
Rabu, 27 Oktober 2010
laungan itu
gugup itu merombakkan dada
intonasi berubah tanda yakin adanya
tunduk khayal buaikan rasa
tetapkan jiwa berubah kelantangan
biarkan kami menderita
untuk peradaban lamanya
kerana kejayaan itu hadir
mungkin 100 tahun lepas matinya kami
angkat senjata bukan caranya
rampasan minda gaya anak muda
letih ini tidak berakhir
laungan ini tidak tenggelam
pasti esok
kita dijulang.
Langgan:
Catatan (Atom)












