Rabu, 4 Mei 2011

dalam 365 hari,kau hanya beri rehat sehari.



Dalam 365 hari yang ditentu tuhan
satu hari sahaja kau tidak menekan
mungkin dalam diam
satu hari itu tidak pernah tertinggal
dan dalam gelap
setiap ragut engkau ada tersirat


kami
hanya si kecil yang mampu melaung
turun,turun,turun wahai engkau!
tiada berubah
kau tetap selesa


ada wang,ada kuasa
tak perlu raja,tak perlu agama
cukup itu untuk kau
seksa bagi kami ploretariat yang sengsara
hari ini hari engkau,hari esok tetap engkau
tiada hari untuk kami
yang ada satu hari rehat jaja peluh keringat laung penghapusan
sesaat kami tidak berhenti
doa  engkau mati itu pengucapan harian kami.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan