Selasa, 26 April 2011

perihal lelaki.




seringkali aku dibandingkan dengan sekalian lelaki lain
yang pantas dianggap seorang pemuja cinta
walhal aku hanya lelaki yang masih tidak pasti menjadi apa
seperti waktu terdahulu dan waktu sebelumnya
tiada siapa akan percaya
perihal lelaki


sesekali aku merasakan begitu perlu
stigma ini dihapus segera
hingga aku terkenangkan
bagaimana harus kumulakan lembaran baru
tidak lagi bermain-main dalam mimpi
kerana mimpi juga bukan rasa mengasyikkan
bila waktu-waktu begini
aku perlu menjadi lelaki luar biasa.

1 ulasan:

  1. lelaki luarbiasa ialah lelaki yg selalu guna akal sebelum hatinya...

    BalasPadam