Isnin, 25 April 2011

kuala lumpur-catatan dari sebuah trilogi jalanan




lihatlah sedalamnya
dari mata  tentang perjalanan ini
sketsa yang buntu pada penamatnya
tercatat dalamnya penuh hamparan palsu


aku melihatnya sebagai persinggahan
yang aku akui akal dan kudrat wajar seiring
walaupun dicelah lorong yang aku terlihat
masih,
kudrat  dan akal diperlukan untuk sebuah kehidupan


aku cuba mencatit sesuatu yang berbeza
gambarkan indahnya kuala lumpur
bila-bila waktu begini
yang terlintas hanya suatu kemusykilan
bagaimana kota ini mati pada malamnya
apakah reaksi penghuni sini


dimana syurga lain perlu kita teroka
dimana lagi nikmat sekejap yang perlu kita singgah
halam haram itu bercampur
disini tiada berbeza klasifikasi pada sesiapa
kuala lumpur
semua mampu raih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan