Rabu, 20 April 2011

paris 1950: musim bunga


kota itu tidak pernah sunyi dari muda-mudi
tanah yang romantis penuh irama puitis
pabila bercumbu itu harus menghadap eiffel
kota yang tidak pernah sunyi dari ucapan i love you dan yes i do.


tidak ada yang tiada di lorong penuh tulip dan mawar
tidak ada yang tiada di sungai penuh alunan muzik indah
kota ini tidak mati
kota ini tidak runtuh
kerana semangat cinta ada pada penghuninya


bunga makin mekar berkembang
antara mei dan jun dia datang
dari warna paling terang kepada garang
dari anak pengilap kasut hingga anak penghirup teh termahal
semua jiwanya penuh ada sayang


mungkin semangat cinta membawa aku kelana kesana
terbang dan tidak pulang
mencari orked dari kalangan ada telanjang ada ber burqa
hatiku jauh mengenang
ku ingin rasa apa pasangan disana merasa
sebuah cinta di paris kala musim bunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan