Selasa, 26 April 2011

ketika kau bersandar dibahuku.




demikianlah
ketika sunyi menguasai dirimu
kau mengeledah segala ruang yang ada
mencari siapa yang sudi pinjamkan bahu buatmu
namun kau memilih aku
dan aku,
seperti lelaki yang biasa bertebaran dibumi
sudi mendengarnya


sedih untuk aku
menangis kau serah padaku memujuk
sengsara kau beri padaku
pedih kau lepas padaku
segala yang hal menangis kau memilih aku.


dengan payah
aku cuba buatmu tersenyum
ku tanam rasa` hati ini siapa pula harus jaga'
waktu tidak pernah bertangguh
seperti malam terdahulu
seperti nostalgi kita penuh bisu
aku masih mengharapkan mimpi palsu berada dalam hatimu
hakikat yang terpancar bahawa aku lelaki yang gagal

1 ulasan: