Selasa, 16 Ogos 2011

ramadan kita.



Ramadan
Kau datangkan lagi padaku
dimana wanginya mengharumi alam siang dan malam
langit terbuka luas
ghaib terlihat
cakerawala bertebaran segala pengampunan
khaliq melimpahkan segala rahmat
30 hari diberi
ruang berbual terus dengan cinta


Ya al mutakabbir
ramadan-ramadanku yang lalu
pada nafas yang ku hembus
tanpa syukur
tanpa maaf
tanpa rindu
pada isi ramadan
tanpa makna
30 hari yang kosong

hanya rahsia
antara aku dan cinta
sekadar menahan lapar dan dahaga
adakah pahala atau lumpur

Dalam doa aku memaksa
diampuni segala dosa tercela
dalam terpaksa aku meminta
segala najis dicuci eloknya
seolah yakin sujudku diterima
seolah aku pasti
aku tertulis ke darussalam









Tiada ulasan:

Catat Ulasan