Isnin, 20 Disember 2010

aku,biola dan sebuah nota lama

\



aku sendirian dikamarku
hanya objek itu peneman setiaku
mendengar celoteh jiwaku
karut makin ke angkasa
larut tenggelam purnama
baligh berlagak keanak-anakan
aku gesekkan  penuh hormat
aku catat penuh sembah
aku dendangkan dengan nikmat
bait-bait mula ku rungkai
satu persatu ikatan terurai
aku mencuba rentak biasa
amalan manusia hukum alam
lagak-lagak cara normal
aku tiada sesiapa
hanya biola dan nota lama
aku bercerita manusia tertawa
aku bermesra aneh mereka rasa
aku bersimpuh pecah tawa mereka
biola tidak pernah menangis
nota lama tidak pernah mengeluh
mereka bukan manusia
pandai berjanji pandai memuji
objek kaku nilai tinggi
esok malamnya
tiada berubah
hanya ada
aku,biola dan sebuah nota lama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan