Isnin, 6 Disember 2010

buatmu, kasihku yang palsu



tikaku toleh dilambaian akhirku
titis air mata bergenang tatkala larimu menjauh
hanyut aku membuang rindu
lusuh aku biarmu begitu
harummu hanyir tanpa simbahan kasihku


lena-lena pujianku hanya perapat aku denganmu
buatmu alpa serahkan jiwa
kemanjaan itu kepuraan terbaik lakonanku
untuk kau serah yang terbaik ada darimu


janji-janji fantasi buatmu yakin aku ciptaan untukmu
selamat dalam dakapan tanda aku penjaga terbaikmu
aku lelaki penipu
menjaja cerita aku dikalangan calon idaman
baik itu aku tonjolkan dengan tertib
buat kamu,kamu dan kamu
tidak tertipu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan