Khamis, 27 Januari 2011

hening hati






nun dihujung sana
syafak menyala terbenam dibarat
dahan mula tunduk berundur
tirai bertukar tugas
berbumbungkan bulan
aku keseorangan mencari pembuka jalan


asing bagiku keseorangan
berbicara hati ke hati dengan langit
tegak aku berdiri merintih simpati
berladung cecair emas aku berduka
cakerawala mengerti
menghantar gerimis temani aku yang sepi


aku sunyi untuk apa?
aku hiba demi siapa?
aku remuk kerana apa?
aku duka tentang apa?
biarkan masa begini pantas berlalu
biarkan orbit memutar laju
cepatkan malam,cepatkan siang
bertahun pedih, berbulan  nestapa


cukuplah,aku terima segalanya
atas bawah kiri kanan menghentak zahirku
luar dalam menyiat batinku
bila mana aku berdiri disini lagi
biarlah ku bawa sebuah nada gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan