Khamis, 10 Februari 2011

aku dan dia,dia dan aku



aku terjun ke jurang marina
ku cuba jejak permata tidak terhingga
makin ku selam jiwaku ku kelam
aku terbenam dilubuk hitam
aku ragu, masihkah ku mampu
mencari dia hanya seketika?


aku mendaki ke dahi langit
ku gagah jua walau hati meronta
ku lihat awan ku harap dia menjelma
namun ribut menampilkan dirinya
ku yakin dia murka
aku datang mendepa serah segala
agar sengketa dihapus segera


didalam aku ada dia
rahsia aku ada darinya
kerna dia,pencipta aku
aku cuba kenali dia
semakin ku rapat
semakin ku khayal


didalam jaga terbayang dia
didalam tidur mimpi dia
didalam rindu ku ingat dia
aku pandang ke dalam hatiku
ku tekadkan zahir dan batinku
dia yang awal,dia yang zahir
aku mencari
masih mencari
apa rahsia,yang dia abadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan