Rabu, 6 Julai 2011

sepotong cinta.

pernah
kau dan aku terapung di cakerawala
menyedut penuh candu bahagia
kita buru bintang-bintang paling jauh
bunga popi kuselit pada ayu rambutmu
khas buatmu wahai jelmaan ratu yunani


namun
kau pun tahu
bintang-bintang itu bukan milik kita
morfin kuberi habis tempohnya
kau tidak leka pada kesungguhan aku
keraguan aku mentafsir madah dan setia kamu
pada terbogel aku, kau lari pergi menjauh (tak kembali)




kanvas dan nota ini penuh airmataku
bintang tidak lagi berkawan
aku berteman wain dan herba hijau ciptaan terunggul tuhan
dan kau pun makin tahu
aku menyedut segala hampa dan derita
pada detik kau memberi dia cinta
aku masih mendepa tangan menari rumi
memohon kau kembali.(walau realiti tidak akan kembali)











1 ulasan: