Khamis, 6 Oktober 2011

halal dan haram.





cerita ini tidak pernah berakhir
tidak  ternoktah walau pedap cerna debu.
tidak mati mengalirnya
masih!
utuh terusan bertakhta


aku tetap liat disini
masih merdeka di kuala LUMPUR
masih mencium-cium babi gemuk merubung bersemayam,
berselerak di celahan jubur  kaum modal
aku nikmat,mereka makin bengkayang


aku cuba pergi
jauh dan tidak  rujuk
namun soldadu-soldadumu setia memujuk
aku tewas
rebah pada namanya belaian dan suapan

aku jadikan haram itu dibersih untuk dihalalkan semua
tidak lagi bercium  dengan babi
malah  tikus,gagak,sapi,monyet  semuanya ku tala.
namun,
aku masih bercita-cita
tamatkan kisah pukas ini!















2 ulasan:

  1. lelaki bermulut betina itu memang memalukan. tak rasa ke?

    BalasPadam
  2. ni apa benda bahlol yang diutarakan ni? hahahahahaha.

    BalasPadam