Isnin, 18 Oktober 2010

aku cintakanmu,perlu restu kasih.

kau restu agar diriku membenih di rahim bonda
lahirnya aku dibisik nyanyian indah
dan diucap didengar para malaikat
nangisku pertama tanda salam pada umat 
tapi jelas tangisan merayu dijauhkan iblis
yang menghimpit berebutkan daku
yatim itu dugaan pertama
tidak tersedia menjadi cepat dewasa
terlalu bebas diriku terbang
hingga hilang untuk mendarat ke asal
tersasar jauh tidak pulang mengetuk
sujud dahulu untuk raikan sesuatu
tawa indah lupa bahawa DIA memerhati
tidakkah aku fikir DIA tersinggung
leka permainan catur susunan duniawi
mula celaru diusia tengah
tapi jelas keadaanku
jauh darimu
aku perlukan tiap restumu
agar jiwa tetap satu
untuk sujud kasih yang sejati
aku terlalu mencintaimu
walau sasar degil masih mengulanginya
hina aku kerana jauh berbual sentiasa denganmu
tidak sedetik aku cari dan mencari
walau jasad tutur engkau itu ada
masa yang banyak engkau beri
lengah jawapan yang kubalas
kepadamu kekasihku yang satu
kepadamu cinta sejatiku
pengabdianku hanya untukmu
tika ini,riak wajah ini
tangisan ini bukan  permainan sementaraku
hingga lupa janji ketika kau berikan roh ini sebelum terbuka pintu fana
bahawa aku hanya pinjaman darimu
moga ini bukan pengakhirannya
pasti!
kau akan kutemui nanti ya pencipta






















                  

1 ulasan:

  1. nice dude.! keep it on.
    aku akan terus sokong putis muda mudi seperti kita.!

    BalasPadam