Aku tidak berniat untuk menyindir atau berikan pendapat
kerana aku juga sepertimu teman
tidak bernilai untuk berikan setitik teguran
tapi tidak sanggup aku melihat dirikmu begini wahai teman
tersesat dalam kedaifan
aku juga sepertimu
tidak menjaga kata dalam perbualan
gelak ketawa tanpa fikirkan perasaan
hanya cuba untuk belajar erti keseronokan
memekik dan mencari kesalahan
jika teman lain tersilap percaturan
melolong menjerit dengan senyuman
tapi bagiku
anda lah ubat,anda lah sahabat
aku tidak lihat lagi sebuah persahabatan
kerana teman terus hanyut dibelakang pemikiran
aku tidak pernah mengajar begini
tetapi teman yang cuba terokai sendiri
lupa kepada realiti
asyik di fantasi
sampai lupa kita pasti akan mati
aku begini sebab aku tidak mampu
melihat temanku begitu
hidup seperti di catu
umpama kepala diacu senapang berpeluru
tidak kira waktu
hanya tunggu malaikat menjemputmu
aku tidak mahu kau jauh tersesat
cukup jadikan aku pembelajaran
teman sudah banyak kesalahan
terlalu besar hingga menyinggung Tuhan
jangan begini teman
aku yang begini tidak pernah melangkaui demikian
kerana sekeras aku masih ada ketakutan
walaupun aku kurang aspek kewarasan
aku harap kau mengerti teman
hulur tanganmu jika kau dungu
tanya aku jika perlu
aku bukan kayu
menjadi yang terakhir untuk diberitahu
kerana teman fikir aku tidak mengambil tahu
lalu aku dibiarkan dalam perahu
mencari jalan sendiri ke hulu
tanpa pikirkan keadaan mu
oh teman
oh kawan
oh sahabat
oh rakan
oh darahku
baliklah keasal mu
seorang yang bukan lagi tahi di pandangan mataku
bahagikanlah keseronokan hidupmu
jangan terlalu disitu
tidak aku lari
tidak aku herdik
dan tidak aku pijak
kerana teman adalah separuh nyawaku
walaupun kuat bau setanggi busuk itu
aku tetap berada di belakangmu
gunakan akal,jika asyik
gunakan pengalaman
jika sampai ke kemuncak
ya Tuhan
dengarlah suaraku
maafkan aku jika buat teman hilang akal
kerana tidak menyanggah dari permulaan
maafkan aku ya Sempurna
kerana leka melihat teman berdusta
biar kita pegang bahu bersama
agar teman tidak dibakar di neraka
moga teman melihat ini
sebagai tanda kasih yang abadi
dari sahabatmu dunia dan mati
jika kita ada banyak amalan nak di bawa ke akhirat,pasti kita bagi sedikit kepada teman yang tersesat.. ;o
BalasPadamyeah..tats true ~
BalasPadamsaye tak byk amalan...
tolong ~~
cari sahabat kamu yaaa.... minta tolong dia tegur-tegurkan.. ;p
BalasPadam