Isnin, 8 November 2010

perawanmu teruk diragut wahai rubiah!




kau jelita dikala kelahiranmu
terindah itu ukiran agung dari tuhan
khidmatmu tidak jemu
dari perabad lama namamu subur
tidak lekang senyummu
permulaan selamat datang aluanmu 
hingga kembali pulang kau disitu


dan sesungguhnya
fitrah manusia
yang sudah bertutup segala hatinya
malu tiada sisinya
angankan harta
lupa jasamu
bahawa kita pernah bersahabat
segala isimu mula diteroka
dicadang dipasti bahawa
menjualmu itu duit untuk generasi 


oh disana
rubiah banyak berjasa
biarkanlah ia bahagia disana
tidak pernah rubiah khianati kita
sesekali pun tidak leka khidmatnya
mengapa kejam kita?
hingga pengabdian janji untuk menjaga rubiah hanya mimpi kini
molekul-molekul aneh itu bukan temanmu rubiah untuk bersahabat
jika kau sambutnya
maka menitis derita selama-lamanya
masih ada yang sudi melindungimu rubiah
orang tengah itu buta lacurkanmu buat santapan si latin


oh rubiah
selagi ada daya
selagi ada yang rela
pertahankanmu itu mesti
tidaklah rela golongan sepi menjilat lagi
tanah sendiri tuannya bukan berbenih rahim sini
sesungguhnya rubiah
dikalangan kami yang jahil ini
masih ada yang simpati
sesungguhnya rubiah
tuhan mendengari rayuanmu
dan tiba waktunya
alam pasti menang.

1 ulasan: